'Job Description Template' Ahli Arkeologi

‘Job Description Template’ Ahli Arkeologi

Posted by

Ahli Arkeologi atau Archeologist adalah individu yang mengkaji asal usul dan evolusi manusia. Mereka menggali, memulihkan dan menganalisis bukti fizikal budaya manusia dengan memeriksa artifak, seperti alatan, bangunan, tapak pengebumian, tembikar dan pakaian. 

Ahli Arkeologi boleh bekerja untuk organisasi penyelidikan, perundingan dan firma pengurusan sumber budaya, agensi kerajaan dan muzium. Seorang Ahli Arkeologi perlu mempunyai minat yang mendalam tentang sejarah dan perkembangan spesies manusia.

Tugas seorang Ahli Arkeologi termasuklah menjalankan penggalian, menjalankan penyelidikan dan ujian, menyelenggara inventori, dan menyediakan peta lakaran dan lukisan lapangan. Ahli Arkeologi juga bertanggungjawab untuk membuat pembentangan dan berunding dengan team projek mereka.

Job description template untuk Ahli Arkeologi ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Ahli Arkeologi untuk menyertai team Arkeologi kami yang terletak di (bandar, negeri) untuk memudahkan projek arkeologi yang sedang dijalankan. 

Tugas seorang Ahli Arkeologi termasuklah:

  • Mengikut peraturan keselamatan, garis panduan dan piawaian untuk semua projek
  • Mengambil bahagian dalam perancangan pra-tugas. Laporkan sebarang isu atau kebimbangan keselamatan kepada pihak pengurusan
  • Bertanggungjawab untuk mengekalkan standard kualiti untuk semua projek
  • Mendokumentasi keputusan ujian, termasuk keupayaan untuk melukis peta tapak (site map)
  • Menunjukkan pengetahuan tentang tinjauan arkeologi dan penggalian
  • Melakukan kawalan kualiti ke atas dokumen lapangan setiap hari

Syarat kelayakan

  • Ijazah dalam arkeologi atau subjek berkaitan seperti arkeologi forensik atau sains arkeologi
  • Mempunyai keupayaan untuk mendokumentasikan kerja lapangan pada borang lapangan standard
  • Mempunyai fleksibiliti untuk membuat pelbagai jadual bergantung pada keperluan pelanggan/klien
  • Keupayaan untuk bekerja dan berkomunikasi dengan orang lain dalam pelbagai tetapan persekitaran
  • Keupayaan untuk berkomunikasi dengan jelas menggunakan kedua-dua kemahiran bertulis dan lisan
  • Keupayaan untuk melakukan pelbagai jenis tugas mengikut keperluan projek
  • Keupayaan untuk melakukan tugas yang mencabar secara fizikal seperti mengangkat dan berjalan di atas permukaan yang tidak rata dengan membawa sekurang-kurangnya 20 lbs. peralatan, dan keupayaan untuk bekerja dalam keadaan cuaca yang melampau (panas/sejuk)
  • Keupayaan untuk mengenali artifak bersejarah

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Ahli Arkeologi?

Purata gaji bulanan untuk Ahli Arkeologi di Malaysia adalah antara RM 4,180 hingga RM 13, 300.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Ahli Arkeologi ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *