'Job Description Template' Content Strategist

‘Job Description Template’ Content Strategist

Posted by

Pakar Strategi Kandungan atau Content Strategist adalah individu profesional yang membangun, melaksanakan dan mengurus strategi kandungan untuk menarik target audiens syarikat. Content Strategist membantu untuk meningkatkan keuntungan syarikat dengan membina kesetiaan jenama dan mengenal pasti cara untuk mengekalkan pelanggan yang sedia ada mahupun pelanggan baharu.

Job description template untuk Content Strategist ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Content Strategist untuk membangun dan melaksanakan strategi kandungan yang mendorong trafik dan generate leads. Tanggungjawab Content Strategist termasuk menentukan format yang paling sesuai untuk menyampaikan pelbagai jenis kandungan, mengenal pasti cara untuk meningkatkan kesedaran jenama dan menjalankan penyelidikan kata kunci (keyword research)

Tugas seorang Content Strategist termasuklah:

  • Mengurus kalendar editorial untuk memastikan penerbitan/posting adalah tepat pada masanya
  • Kenal pasti jurang dalam kandungan dan cadangkan topik baharu
  • Cipta panduan gaya (style guides) untuk digunakan sebagai rujukan
  • Teliti dan edit tulisan sebelum diterbitkan
  • Jadualkan posting media sosial
  • Menjalankan penyelidikan kata kunci dan SEO untuk memahami keperluan pelanggan
  • Pantau trafik dan engagement (cth. conversion dan bounce rates)
  • Bekerjasama dengan pasukan pemasaran dan design team untuk mengilustrasi artikel
  • Sentiasa up-to-date dengan idea dan trend terkini 
  • Semak dan kemas kini kandungan yang diterbitkan mengikut keperluan

Syarat kelayakan

  • Mempunyai pengalaman kerja sebagai Content Strategist, Content Manager atau jawatan yang berkaitan
  • Pengalaman dalam pengurusan projek adalah satu kelebihan
  • Pengetahuan tentang Sistem Pengurusan Kandungan (project management) seperti WordPress
  • Pemahaman asas tentang HTML dan penerbitan web
  • Mahir dengan garis panduan SEO dan alat penyelidikan kata kunci (cth. Moz dan Google Keyword Planner)
  • Mempunyai pengalaman menggunakan media sosial untuk perniagaan
  • Mempunyai kemahiran untuk menulis dan menyunting dalam bahasa Inggeris
  • Bijak menguruskan masa
  • Keupayaan untuk membimbing dan memotivasikan team
  • Ijazah dalam Pemasaran, Kewartawanan atau bidang yang berkaitan

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Content Strategist?

Purata gaji bulanan untuk Content Strategist di Malaysia adalah antara RM 3,830 hingga RM 10,700.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Content Strategist ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *