Tips Menghadapi Hari Tua Yang Sihat

Tips Menghadapi Hari Tua Yang Sihat

Posted by

Setiap manusia akan mengalami hari tua dan ia adalah satu proses yang tidak dapat dielak. 

Penjagaan kesihatan seseorang dari zaman mudanya mempengaruhi tahap kesihatan seseorang menjelang usia emas mereka.

Berikut kami kongsikan antara tujuh tips untuk menghadapi hari tua yang lebih sihat

1. Amalkan pemakanan yang sihat

Tips Menghadapi Hari Tua Yang Sihat

Seiring dengan usia yang semakin lanjut, adalah lebih baik untuk anda amalkan pemakanan yang sihat. Ia bukan sahaja membantu mengekalkan berat badan yang sihat, malah anda akan kekal bertenaga dan mendapat nutrien yang diperlukan dalam sehari.

Selain itu, anda juga dapat mengurangkan risiko untuk menghidap masalah kesihatan kronik seperti penyakit jantung dan diabetes.

2. Melakukan aktiviti fizikal

Sebagai golongan yang semakin berusia, melakukan aktiviti fizikal secara berkala akan menghalang atau melambatkan masalah kesihatan. Ia juga membantu otot menjadi lebih kuat agar boleh melakukan aktiviti harian tanpa bergantung kepada orang lain.

Menurut kajian, golongan yang berumur 65 tahun ke atas perlu sekurang-kurangnya melakukan 150 minit aktiviti fizikal  dalam seminggu. Contohnya, 30 minit sehari dalam lima hari seminggu. 

3. Rehat yang cukup

Seiring meningkatnya usia, kita sering mengalami perubahan dalam rutin tidur seperti mengantuk lebih awal, bangun lebih awal atau mengalami kurang tidur. 

Sebenarnya, tidur malam yang nyenyak membantu meningkatkan tumpuan dan pembentukan ingatan serta membolehkan badan anda membaiki sebarang kerosakan sel yang berlaku pada siang hari. Bukan itu sahaja, tidur nyenyak juga akan menyegarkan sistem imun anda yang seterusnya membantu mencegah penyakit.

4. Dapatkan tidur yang berkualiti

Golongan berusia yang tidak mendapat tidur yang cukup berkemungkinan akan menyebabkan kemurungan, sukar untuk fokus, melemahkan daya ingatan dan mengantuk di siang hari.

Tidur yang tidak berkualiti juga akan membawa kepada masalah kesihatan lain termasuk peningkatan risiko penyakit kardiovaskular, diabetes, masalah berat badan, kanser payudara bagi golongan wanita dan sebagainya.

Untuk mendapatkan tidur yang berkualiti, latih diri untuk tidur dan bangun secara konsisten setiap hari. Selain itu, kurangkan tidur pada siang hari untuk mengelakkan kesukaran tidur pada waktu malam.

5. Jalankan pemeriksaan kesihatan secara berkala

Pemeriksaan kesihatan secara berkala adalah salah satu langkah untuk mengelakkan diri dari dijangkiti penyakit-penyakit yang tidak diingini. Hal ini juga penting untuk tahu status kesihatan anda yang terkini. 

6. Belajar kemahiran baharu

Menurut sumber, mempelajari perkara baharu boleh menjadikan otak seseorang 30 tahun lebih muda dalam masa enam minggu. 

Dengan mempelajari tiga tugas baharu pada masa yang sama, ia akan meningkatkan kemampuan mental dan menghalang daripada penyakit Alzheimer.

Oleh itu, golongan berumur perlu memastikan badan serta minda berada dalam keadaan aktif dan sihat. 

7. Bergaul bersama keluarga dan rakan

hang out with friends and family

Menurut sumber, masalah kemurungan juga berlaku kepada golongan berumur terutamanya golongan yang mempunyai masalah kesihatan sampingan yang berlarutan. Kemurungan dikatakan akan memburukkan lagi penyakit kronik dan berpotensi meningkatkan kadar kematian.

Bergaul dan bersosial bersama keluarga dan rakan akan meningkatkan kesihatan mental dan mengurangkan perasaan kesunyian, menstabilkan emosi dan dapat mengurangkan masalah kemurungan. 

Semoga perkongsian ini memberi ilmu dan pengetahuan buat baru buat anda. 

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *