‘Job Description Template’ Pembangun Perisian

‘Job Description Template’ Pembangun Perisian

Posted by

Pembangun Perisian atau Software Developer adalah individu yang bertanggungjawab untuk mereka bentuk dan mengekod perisian untuk perniagaan dan pengguna. Mereka akan menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti Java atau C++ untuk mencipta program. Mereka perlu mempunyai kemahiran berfikir secara kritis, serta kebolehan untuk menyelesaikan masalah.

Job description template untuk Pembangun Perisian ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Syarikat kami sedang mencari Pembangun Perisian untuk membantu dengan pembangunan projek semasa kami. Tugas anda adalah untuk membina perisian dengan menulis kod, serta mengubah suai perisian untuk membetulkan ralat (errors), menyesuaikannya dengan perkakasan baharu, meningkatkan prestasinya atau meningkatkan antara muka (interfaces). Anda juga akan terlibat dalam mengarahkan prosedur ujian dan pengesahan sistem, dan juga bekerjasama dengan pelanggan atau jabatan mengenai isu teknikal termasuk reka bentuk dan penyelenggaraan sistem perisian.

Hantarkan permohonan anda jika anda rasa anda memenuhi kriteria yang kami cari.

Tugas seorang Pembangun Perisian termasuklah:

  • Bekerjasama dengan pembangun untuk mereka bentuk algoritma dan carta alir
  • Menghasilkan kod yang bersih dan cekap berdasarkan spesifikasi
  • Mengintegrasikan komponen perisian dan program pihak ketiga
  • Sahkan dan gunakan program dan sistem
  • Selesaikan masalah, nyahpepijat (debug) dan tingkatkan perisian sedia ada
  • Kumpul dan nilai maklum balas pengguna
  • Mengesyorkan dan melaksanakan penambahbaikan
  • Buat dokumentasi teknikal untuk rujukan dan laporan

Syarat kelayakan

  • Pengalaman sebagai Pembangun Perisian, Jurutera Perisian atau jawatan yang berkaitan
  • Mahir dengan metodologi pembangunan Agile
  • Pengalaman dengan reka bentuk dan pembangunan perisian 
  • Pengetahuan tentang bahasa pengekodan (cth. C++, Java, JavaScript) dan rangka kerja/sistem (cth. AngularJS, Git)
  • Pengalaman dengan pangkalan data dan rangka kerja Pemetaan Perhubungan Objek (ORM) (cth. Hibernate)
  • Keupayaan untuk mempelajari bahasa dan teknologi baharu
  • Kemahiran komunikasi yang sangat baik
  • Bijak menyelesaikan masalah
  • Seorang yang terperinci
  • Ijazah Sarjana Muda dalam Sains Komputer, Kejuruteraan atau bidang berkaitan

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Pembangun Perisian?

Purata gaji bulanan untuk Pembangun Perisian adalah antara RM 4,000 hingga RM 5,900.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Pembangun Perisian ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *