Perunding Kewangan atau Financial Consultant adalah individu yang bertanggungjawab untuk memberikan nasihat kepada pelanggan tentang cukai, perancangan persaraan, pelaburan dan keputusan insurans untuk membantu pelanggan mencapai objektif kewangan mereka. Perunding Kewangan boleh bekerja sendiri atau bekerja untuk institusi kewangan atau firma perunding.
Job description template untuk Perunding Kewangan ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.
Huraian kerja/ringkasan kerja
Kami sedang mencari Perunding Kewangan untuk memberikan bimbingan kewangan kepada pelanggan bagi membantu mereka mencapai matlamat kewangan mereka. Tanggungjawab Perunding Kewangan termasuk menilai situasi kewangan pelanggan, menerangkan kebaikan dan keburukan pelbagai strategi pelaburan, menjawab semua soalan berkaitan kewangan dan menangani kebimbangan pelanggan. Anda juga harus dapat mengekalkan hubungan yang baik dengan pelanggan.
Hantarkan permohonan anda jika anda rasa anda memenuhi kriteria yang kami cari.
Tugas seorang Perunding Kewangan termasuklah:
- Membangunkan rancangan kewangan untuk membantu pelanggan mencapai matlamat kewangan
- Menasihati pelanggan tentang cukai, perancangan persaraan, pelaburan dan keputusan insurans, bergantung pada matlamat kewangan mereka
- Menilai bagaimana perubahan kehidupan tertentu dan perubahan status kewangan mempengaruhi rancangan kewangan pelanggan dan menyesuaikan rancangan tersebut dengan sewajarnya
- Pergi ke rumah dan tempat perniagaan pelanggan untuk berunding dengan mereka.
- Memantau pasaran kewangan dan keadaan ekonomi
- Berinteraksi dengan pelanggan melalui panggilan, e-mel, pengiklanan dan pengehosan seminar.
- Berkomunikasi dengan akauntan, ejen hartanah, peguam dan profesional lain untuk mengesahkan maklumat
- Menyelidik peluang pelaburan yang sesuai untuk pelanggan
Syarat kelayakan
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kewangan, pengurusan perniagaan, ekonomi, atau bidang berkaitan
- Mempunyai pengalaman dalam perundingan kewangan
- Mempunyai kemahiran dalam semua aplikasi Microsoft Office
- Mempunyai keupayaan untuk menganalisis data kewangan
- Mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang cemerlang
- Mempunyai kemahiran perkhidmatan pelanggan yang baik
- Seorang yang meminati bidang perniagaan
* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi
Berapakah kadar gaji seorang Perunding Kewangan?
Purata gaji bulanan untuk Perunding Kewangan adalah antara RM 3,550 hingga RM 6,050.
*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat
Siarkan iklan huraian kerja Perunding Kewangan ini melalui Jobstore.com sekarang!
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.
Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com