Penyelia Syif atau Shift Supervisor adalah individu yang bertanggungjawab untuk memastikan semua kakitangan hadir untuk syif masing-masing dan memastikan semua operasi dijalankan dengan selamat dan tepat pada masanya.
Job description template untuk Penyelia Syif ni boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.
Huraian kerja/ringkasan kerja
Kami sedang mencari Penyelia Syif untuk mengawasi operasi dan memberikan tugas kepada kakitangan. Penyelia Syif bertanggungjawab untuk menguatkuasakan peraturan kesihatan dan keselamatan serta memastikan produk memenuhi piawaian syarikat.
Hantarkan permohonan anda jika anda rasa anda memenuhi kriteria yang kami cari.
Tugas seorang Penyelia Syif termasuklah:
- Agihkan tugas kepada kakitangan
- Menyelia kakitangan untuk memastikan tugas disiapkan tepat pada masanya dan mengikut undang-undang keselamatan
- Menempah bahan yang diperlukan untuk pengeluaran
- Buka atau tutup gudang pada permulaan dan penghujung hari
- Menilai prestasi kakitangan dan menyediakan latihan sekiranya perlu
- Menyelesaikan pertikaian di tempat kerja
Syarat kelayakan
- Ijazah dalam pengurusan perniagaan atau bidang berkaitan
- Kebolehan untuk memimpin
- Kemahiran interpersonal dan komunikasi yang sangat baik
- Seorang yang celik komputer
- Pengetahuan tentang protokol kesihatan dan keselamatan
- Kemahiran pengurusan masa yang sangat baik
- Keupayaan untuk menyelesaikan masalah
- Keupayaan untuk multitasking
* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi
Berapakah kadar gaji seorang Penyelia Syif?
Purata gaji bulanan untuk Penyelia Syif adalah antara RM 3,000 hingga RM 4,100.
*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat
Siarkan iklan huraian kerja Penyelia Syif ini melalui Jobstore.com sekarang!
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.
Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com