7 Haiwan Ini Telah Menjadi Inspirasi Penciptaan Teknologi

7 Haiwan Ini Telah Menjadi Inspirasi Penciptaan Teknologi

Posted by

Penciptaan teknologi masa kini sedikit sebanyak diinspirasikan daripada haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Berikut kami kongsikan antara tujuh haiwan yang sebenarnya telah menjadi inspirasi penciptaan teknologi pada masa kini. 

1. Helikopter – burung madu

7 Haiwan Ini Telah Menjadi Inspirasi Penciptaan Teknologi

Burung madu boleh terbang ke belakang dan melayang di tempatnya yang menjadikannya ia kelihatan sama seperti sebuah helikopter. Para penyelidik dari Universiti Standford dan Universiti Wageningen mendapati bahawa nisbah panjang sayap burung dengan lebarnya menentukan kemampuan haiwan tersebut untuk mempertahankan daya melayang.

Burung madu mempunyai nisbah yang lebih besar iaitu 3.5 sehingga 4.0 walaupun ia menggunakan daya tenaga yang lebih sedikit.

2. Kotak hitam pesawat – burung belatuk

Burung belatuk memiliki kebolehan untuk membuatkan tengkoraknya menyerap hentakan semula jadi. Disebabkan itu, burung belatuk boleh menebuk batang pokok sepanjang hari tanpa mengalami kecederaan di kepalanya.

Menurut para saintis, tengkorak burung belatuk mempunyai empat struktur dan paruhnya juga mempunyai cecair seperti span dan serebrospinal yang berfungsi untuk menghalang getaran dan gegaran otak.

Disebabkan itu, para saintis mengambil inspirasi daripada burung belatuk untuk mencipta kotak hitam pesawat. Kotak hitam adalah sebuah komponen penting di mana ia digunakan untuk merakam semua data penting yang boleh digunakan untuk membantu para penyiasat sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku pada sesebuah pesawat.

Burung belatuk juga merupakan sumber inspirasi penciptaan kotak hitam agar ia mampu tahan lasak seperti haiwan berkenaan.

3. Jarum – nyamuk

Para penyelidik dan jurutera di Universiti Kansai, Jepun telah mengambil inspirasi daripada mulut nyamuk untuk penciptaan jarum. Para saintis menggunakan keupayaan nyamuk untuk menjadikan jarum kurang menyakitkan kepada manusia. Mereka meniru gigitan sebenar nyamuk untuk memudahkan kemasukan jarum ke dalam kulit dan pada masa yang sama mengurangkan rasa sakit. 

4. Pelekat – mussels

7 Haiwan Ini Telah Menjadi Inspirasi Penciptaan Teknologi

Haiwan berkulit keras ini telah menjadi inspirasi penciptaan pelekat yang berada di pasaran. Para penyelidik telah berjaya mengkaji bagaimana haiwan ini mampu melekat kuat pada permukaan basah. Para penyelidik kemudiannya mencipta model polimer biometik yang mengandungi protein dan asid amino DOPA yang memberi lekatan gam.

5. Kanta lekap dan lensa kamera – gecko

7 Haiwan Ini Telah Menjadi Inspirasi Penciptaan Teknologi

Gecko adalah salah satu daripada haiwan yang berkeupayaan untuk melihat warna pada waktu malam. Penglihatan mereka juga 350 kali lebih sensitif berbanding manusia.

Menurut penyelidik daripada Universiti Lund, mereka mendapati bahawa gecko mempunyai kepadatan kon yang lebih tinggi di retina mereka yang bermaksud haiwan ini dapat mengesan gelombang cahaya yang lebih spesifik.

Para penyelidik berharap agar penemuan ini dapat meningkatkan kemampuan dan kualiti lensa kamera serta penciptaan lensa sentuh multifokal pada masa akan datang. 

6. Baju wetsuit – memerang

7 Haiwan Ini Telah Menjadi Inspirasi Penciptaan Teknologi

Para saintis telah mencipta kain khas yang menyerupai bulu memerang yang menggunakan mekanisme yang sama dengan haiwan itu untuk mengekalkan kehangatan badan. 

Untuk pengetahuan anda, wetsuit adalah berbeza dengan pakaian renang biasa. Wetsuit dipakai untuk mengekalkan kehangatan badan dan mengelakkan badan menjadi terlalu sejuk. Pakaian ini lazimnya dipakai oleh individu yang terlibat dengan sukan kayak, luncur air dan aktiviti sukan air yang lain. 

Memerang menyimpan udara di antara rambut pada bulunya ketika berada di dalam air. Mereka mendapat haba untuk mengekalkan kehangatan melalui bulu mereka yang lebat. 

7. Agen anti beku di bank darah – ikan kod

7 Haiwan Ini Telah Menjadi Inspirasi Penciptaan Teknologi

Ikan kod Artik didapati telah mengembangkan mekanisme evolusi agar mereka tidak membeku di perairan ais yang mereka tinggal.

Ikan kod tidak membeku kerana mereka mempunyai protein anti beku yang mengalir di dalam darah mereka untuk memastikannya berada dalam bentuk cecair dan bukannya ais.

Para penyelidik di Universiti Warwick menjadikan ia isebagai satu inspirasi untuk membuat polimer baru bagi mengekalkan darah dalam bentuk cecair yang dikenali sebagai alkohol polivinil yang bertindak seperti anti beku dan mencegah pembekuan darah yang dapat membunuh sel. 

Semoga perkongsian ini memberi pengetahuan baru buat anda. 

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *