Pembantu Penyelidik atau Research Assistant adalah individu yang bertanggungjawab untuk menyokong projek penyelidikan dengan menjalankan carian literatur, pengurusan data dan menyelenggara fail untuk penyelidik projek (researchers).
Job description template untuk Pembantu Penyelidik ni boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.
Huraian kerja/ringkasan kerja
Kami sedang mencari Pembantu Penyelidik untuk membantu projek penyelidikan kami dengan menyediakan temu bual, meringkaskan keputusan, dan menyelia pelajar Sarjana Muda yang terlibat dalam projek penyelidikan.
Hantarkan permohonan anda jika anda rasa anda memenuhi kriteria yang kami cari.
Tugas seorang Pembantu Penyelidik termasuklah:
- Mengekalkan standard kualiti
- Menjadual dan menjalankan temu duga
- Memilih tempat untuk menjalankan temuduga dan dapatkan kebenaran daripada semua pihak
- Menganalisis data menggunakan pelbagai kaedah statistik
- Menulis laporan untuk meringkaskan data dan implikasi keputusan
Syarat kelayakan
- Pengalaman kerja sebagai Pembantu Penyelidik atau peranan yang berkaitan
- Kemahiran pentadbiran yang cemerlang
- Pengetahuan tentang kaedah penyelidikan
- Keupayaan untuk bekerja di bawah tekanan
- Kemahiran pengurusan masa yang baik
- Memiliki Ijazah dalam bidang yang berkaitan adalah diutamakan
* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi
Berapakah kadar gaji seorang Pembantu Penyelidik?
Purata gaji bulanan untuk Pembantu Penyelidik adalah antara RM 2,200 hingga RM 3,300.
*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat
Siarkan iklan huraian kerja Pembantu Penyelidik ini melalui Jobstore.com sekarang!
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.
Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com