Adakah anda berhasrat ingin menukar cawangan/jabatan/negeri tempat anda bekerja? Jangan risau. Kami faham situasi anda!
Berikut kami kongsikan template untuk menulis surat/e-mel pertukaran tempat kerja atau cawangan lain.
Penafian: Kelebihan untuk memohon pertukaran cawangan/jabatan/negeri hanya terhad kepada pekerja yang bekerja di syarikat seperti bank atau kilang yang memiliki beberapa cawangan lain di seluruh negeri/negara.
-
Surat pertukaran tempat kerja
[Alamat anda]
[Tarikh]
[Alamat majikan]
Tuan/Puan,
PER: PERMOHONAN PERTUKARAN [CAWANGAN/JABATAN/NEGERI]
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. Saya [nama pekerja] yang bertugas sebagai [nama jawatan] ingin memohon pertukaran [cawangan/jabatan/negeri] dari [nama cawangan/jabatan/negeri semasa] ke [nama cawangan/jabatan/negeri baru].
Sehubungan dengan itu, saya memohon pertukaran saya dipertimbangkan dengan sewajarnya atas sebab [nyatakan alasan anda].
Bersama-sama dengan ini saya lampirkan [dokumen sokongan sekiranya ada untuk rujukan pihak tuan/puan.
Saya berharap agar permohonan ini dapat dipertimbangkan oleh pihak tuan/puan. Segala kerjasama dari pihak tuan/puan diakhiri dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih
Yang benar,
[tandatangan dan nama]
*Anda boleh ubah template yang kami sediakan ini mengikut kesesuaian yang anda inginkan.
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan panduan buat anda.
Bacaan lain: Template Surat Berhenti Kerja
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com