Ini 4 Jenis Senaman Yang Membantu Anda Untuk Capai Tahap Kesihatan Optimum

Ini 4 Jenis Senaman Yang Membantu Anda Untuk Capai Tahap Kesihatan Optimum

Posted by

Senaman adalah aktiviti fizikal yang memiliki tahap intensiti yang lebih tinggi berbanding aktiviti harian. Tujuan senaman adalah untuk mendapatkan manfaat kesihatan dari segi fizikal dan mental.

Terdapat empat jenis senaman yang akan membantu anda untuk capai tahap kesihatan yang optimum. 

1. Kardio/Aerobik

Bahaya Stres Terhadap Kesihatan Mental Dan Fizikal

Senaman kardio/aerobik atau juga dipanggil senaman ketahanan adalah antara senaman yang paling mudah untuk dilakukan kerana ia boleh dilakukan mana-mana sahaja termasuk di dalam atau luar rumah.

Senaman jenis kardio/aerobik ini berperanan untuk meningkatkan denyutan jantung bagi mengepam darah ke seluruh tubuh badan. Ini memastikan sistem peredaran darah dapat berfungsi dengan baik tanpa sebarang halangan.

Selain itu, senaman jenis ini akan menjadikan anda mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menghidap penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung, strok, dan kencing manis.

Senaman kardio/aerobik tidak tertakluk kepada berlari sahaja, malah terdapat banyak senaman lain yang mudah antaranya menari, lompat tali, berenang, berjalan, joging, mendaki, berbasikal, menaiki tangga dan banyak lagi!

2. Senaman keseimbangan 

Senaman keseimbangan penting untuk memastikan anda kekal yakin dan seimbang walau berapa pun umur anda. 

Sekiranya anda merupakan orang dewasa, senaman keseimbangan sangat penting untuk membantu mengelakkan kemalangan seperti jatuh — sesuatu yang sering berlaku terutamanya dalam kalangan pesakit strok.

Malah, individu yang melakukan senaman keseimbangan akan memperoleh manfaatnya ketika mereka menginjak ke hari tua.

Contoh senaman keseimbangan yang paling mudah adalah berdiri dengan hanya menggunakan sebelah kaki, melakukan senaman tai chi dan berjalan dalam satu garisan lurus.

Artikel berkaitan: Senaman Keseimbangan Badan

3. Senaman kekuatan

Senaman kekuatan adalah untuk membina kekuatan tulang dan otot. Senaman jenis ini banyak melibatkan pergerakan otot antaranya mengangkat berat, menaiki tangga, mendaki bukit, berbasikal, menari, tekan tubi dan squat.

Selain itu, senaman kekuatan penting diterapkan dalam kehidupan seharian bagi membantu memperbaiki komposisi tubuh dan menguatkan otot badan.

4. Senaman regangan

Bahaya Stres Terhadap Kesihatan Mental Dan Fizikal

Senaman regangan membantu melenturkan otot, memperbaiki fungsi sendi dan menjadikan badan lebih fleksibel. Pergerakan badan yang lebih bebas dapat mengelakkan kecederaan ketika melakukan aktiviti harian.

Sebaiknya, senaman ini perlu dilakukan bersama-sama senaman kekuatan dan keseimbangan untuk membentuk satu rutin yang lengkap.

Semoga perkongsian ini memberi pengetahuan baru buat anda. 

Bacaan lain: Bahaya Stres Terhadap Kesihatan Mental Dan Fizikal

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *