Air Suam VS Air Sejuk: Ini Kelebihan Yang Anda Perlu Tahu

Air Suam VS Air Sejuk: Ini Kelebihan Yang Anda Perlu Tahu

Posted by

Terdapat sesetengah individu yang lebih gemar minum air sejuk dan ada pula yang gemar minum air panas. Persoalannya, yang mana satukah yang lebih baik untuk kesihatan manusia?

Kelebihan minum air suam/panas

1. Menurunkan berat badan

Air Suam VS Air Sejuk: Ini Kelebihan Yang Anda Perlu Tahu

Minum air suam pada waktu pagi membantu menurunkan berat badan. Ia akan membantu mengaktifkan metabolisme badan, menyebabkan lebih banyak pembakaran lemak sepanjang hari. Minum air panas juga boleh membantu membersihkan usus dan membuang sisa dalam badan yang boleh menyebabkan perut kembung dan air berlebihan dalam badan.

2. Melancarkan sistem pernafasan

Air suam boleh melegakan masalah saluran pernafasan atas seperti hidung berair dan hidung tersumbat. Suhu yang tinggi dalam air suam boleh mempercepatkan laluan lendir, yang akan membantu meredakan gejala selsema. 

Selain itu, air suam/panas juga mampu meredakan sakit tekak akibat pengumpulan lendir di esofagus pada waktu pagi.

3. Melancarkan sistem penghadaman

Air suam/panas membantu memecahkan makanan yang anda makan dan boleh melegakan sembelit selain, melegakan kesakitan yang dialami. Ini kerana, air berfungsi sebagai pelincir di sepanjang organ sistem pencernaan dan membantu menghidrat dan membuang toksin.

4. Mencerahkan kulit

Minum air suam setiap hari secara konsisten akan membantu tubuh memecahkan timbunan lemak, mengendurkan otot, dan meningkatkan aliran darah. Peningkatan dalam peredaran darah boleh meremajakan sel-sel kulit dan memastikan ia sentiasa terpelihara

5. Membantu mengatasi sakit perut ketika haid

Senggugut pada hari pertama haid sering membuatkan ramai wanita berasa sakit dan tidak selesa. Dengan mengambil air suam/panas ia dapat membantu mengurangkan kesakitan.

6. Baik untuk gigi sensitif dan kaviti

Bagi mereka yang mempunyai gigi sensitif dan berlubang pengambilan air suam sangat disarankan kerana ia mempunyai suhu yang selamat dan memberikan keselesaan untuk gigi sensitif.

Kelebihan minum air sejuk

1. Menjaga prestasi ketika bersenam

Air Suam VS Air Sejuk: Ini Kelebihan Yang Anda Perlu Tahu

Ketika bersenam, tubuh akan mengalami peningkatan suhu yang membuatkan cecair daripada tubuh keluar sebagai peluh.

Peningkatan suhu ini biasanya turut memberi kesan kepada ketahanan dan kekuatan seseorang ketika bersenam. Minum air sejuk dapat membantu menjaga suhu badan agar ia tidak melonjak secara mendadak.

Ia juga membantu untuk menjaga prestasi agar tidak mudah berasa penat.

2. Membantu badan kekal berwaspada

Air sejuk akan mengaktifkan deria di bawah kulit manusia yang kemudian meningkatkan kadar denyutan jantung dan menambah tekanan adrenalin untuk memberi manusia perasaan gelisah. Kajian telah membuktikan selain pengambilan kafein, minum air sejuk juga membantu anda untuk kekal berwaspada dan lebih fokus.

3. Menurunkan berat badan

Minum air yang sejuk boleh membantu anda membakar beberapa kalori tambahan semasa anda mencernanya, kerana badan anda perlu bekerja lebih keras untuk mengekalkan suhu asalnya. 

4. Membantu untuk bakar kalori

Sekitar lima hingga 18 kalori akan terbakar ketika anda minum segelas air sejuk. Manfaat minum air sejuk ketika bersenam dapat membantu pembakaran kalori yang lebih banyak.

Kesimpulannya, sama ada anda minum air suam atau air sejuk, kedua-duanya mempunyai kelebihan serta kekurangannya yang tersendiri. Apa yang paling penting adalah pengambilan air kosong yang mencukupi setiap hari adalah penting untuk kesihatan anda

Semoga perkongsian ini memberi pengetahuan baru buat anda. 

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *