Perkembangan teknologi telah membawa perubahan besar dalam banyak aspek kehidupan manusia, termasuk dunia pekerjaan. Ia telah memberi kesan positif dan negatif yang signifikan terhadap peluang pekerjaan di pelbagai sektor.
Memetik laporan Sinar Harian, sebanyak sembilan industri utama dalam negara dijangka terkesan dengan perkembangan kecerdasan buatan (AI) menjelang 2030.
Berikut kami kongsikan antara lima pekerjaan yang dijangka sudah tidak relevan pada masa hadapan.
1. Penterjemah
Teknologi moden sekarang ini memudahkan proses dan perkhidmatan penterjemahan.
Aplikasi atau kecerdasan buata (AI) yang mampu menterjemahkan beberapa bahasa mungkin akan menggugurkan keperluan untuk penterjemah manusia.
2. Wartawan
Industri berita telah berhadapan dengan pelbagai cabaran, termasuk penurunan pendapatan daripada pengiklanan dan langganan.
Ini telah menyebabkan para pekerja terpaksa dikurangkan dalam bidang ini. Walaupun wartawan akan sentiasa diperlukan untuk membuat laporan dan penyelidikan, peluang pekerjaan mungkin akan berkurangan pada masa hadapan.
3. Pembantu tadbir
Pada masa dahulu, Pembantu Tadbir berperanan penting dalam menjalankan urusan harian eksekutif.
Namun, dengan kemunculan Pembantu Tadbir maya yang boleh berkhidmat dari mana-mana sahaja, peranan Pembantu Tadbir mungkin menerima tempiasnya. Ini kerana, seorang Pembantu Tadbir maya boleh menguruskan pelbagai keperluan untuk urusan harian eksekutif yang menyebabkan permintaan untuk peranan ini berkurangan.
4. Pekerja kilang
Pekerja kilang sering terlibat dalam tugas fizikal yang berat. Namun, dengan kemunculan mesin dan automasi (automation) yang semakin meningkat, pekerjaan ini berpotensi untuk digantikan oleh mesin.
Walaupun ia masih belum dapat dipastikan lagi, tetapi ia memberi amaran kepada pekerja untuk mempersiapkan diri dengan kemahiran yang lebih relevan pada masa akan datang.
5. Ejen pelancongan
Kalau dulu, ejen pelancongan adalah sumber maklumat utama sekiranya seseorang ingin bercuti. Namun dengan wujudnya algoritma pencarian (search algorithms) dan pembantu maya, pengembara (travelers) boleh merancang percutian mereka sendiri dengan mudah.
Walaupun ejen pelancongan masih memberi nilai tambah untuk pengalaman yang lebih memuaskan, penggantian oleh teknologi adalah satu perkara yang tidak mustahil untuk berlaku.
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan panduan buat anda.
Sumber: MauKerja
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com