Cuti Bersalin Di Malaysia: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Cuti Bersalin Di Malaysia: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Posted by

Menurut pindaan baru Akta Kerja 1955 pada 1 Januari 2023, jumlah cuti bersalin bagi pekerja wanita telah dilanjutkan kepada 98 hari (daripada 90 hari).

Pindaan akta ini adalah selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa mengenai Maternity Protection Convention, 2000 (No. 183) yang menetapkan tempoh cuti tidak kurang daripada 14 minggu (98 hari).

Tujuan penambahan ini dibuat adalah untuk selarikannya dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Cerian SR.5.4.2 yang menitikberatkan konsep mengutamakan keluarga. Ia juga sebagai perlindungan kepada hak wanita dalam dunia pekerjaan.

Cuti Bersalin dan Akta Kerja 1955

Apabila dilihat pada Akta Kerja 1955 terdapat 2 bahagian yang menerangkan perlindungan hak wanita dalam dunia pekerjaan. Pada Bahagian 8 ia menerangkan tentang pengambilan pekerja wanita dan Bahagian 9 pula menceritakan tentang perlindungan bersalin.

Pada Seksyen 37 ada mengatakan bahawa setiap pekerja wanita berhak mendapat cuti bersalin untuk tempoh sembilan puluh lapan (98) hari berturut-turut dan tertakluk pada Bahagian ini, pekerja itu berhak menerima daripada majikannya elaun bersalin yang dikira atau ditetapkan seperti pada subseksyen (2).

Kemudian pada Seksyen 37 (2) pula menerangkan kelayakan pekerja wanita menerima elaun bersalin berdasarkan syarat seperti:

  1. Pekerja wanita yang diambil bekerja oleh majikan pada bila-bila masa dalam empat (4) bulan tepat sebelum kandungannya; dan
  2. Pekerja wanita yang diambil bekerja oleh majikan pada tempoh waktu, atau jangka waktu berjumlah tidak kurang dari sembilan puluh hari (90) selama sembilan (9) bulan tepat sebelum kandungannya

Seterusnya pada Seksyen 38 pula menerangkan cara pembayaran elaun bersalin dengan mengatakan bahawa setiap tempoh upah di bawah kontrak perkhidmatan pekerja wanita yang ambil cuti bersalin perlu dibayar dengan cara sama dibayar gaji.

Dalam pada itu, seorang pekerja wanita boleh kehilangan elaun bersalinnya sekiranya gagal memaklumkan kepada majikan. Pada Seksyen 40 mengatakan kegagalan pekerja wanita untuk memaklumkan peninggalan kerjanya boleh menyebabkan majikan tidak membayar elaun.

Di sini seorang pekerja wanita perlu memaklumkan kepada majikannya tentang kehamilan dalam jangka masa enam puluh (60) hari sebelum tarikh jangkaan bersalin untuk melayakkan diri mendapat cuti dan elaun bersalin.

Selain itu, sekiranya pekerja wanita yang ambil cuti bersalin meninggal dunia, maka majikannya perlu membayar kepada penama pekerja wanita tersebut dengan syarat segala notis makluman berkenaan persalinan telah diberikan kepada majikan.

Situasi cuti bersalin di Malaysia

Berdasarkan apa yang telah dihuraikan oleh Akta Kerja 1955, pekerja wanita bukan sahaja layak untuk menerima cuti bersalin 98 hari tetapi turut sama berhak dapat pembayaran elaun sepanjang tempoh cuti tersebut.

Syarat utama untuk melayakkan pekerja wanita itu mendapat segala hak tersebut adalah dengan memberi makluman sama ada dalam bentuk notis kepada majikan untuk beritahu berkenaan kandungannya.

Cara memohon cuti bersalin

Untuk menikmati semua semua faedah bersalin yang ditetapkan di dalam kontrak pekerjaan, anda mesti memberitahu majikan sekurang-kurangnya 4 bulan dari tarikh bersalin. 

Kenapa tempoh cuti bersalin adalah lama?

Keberadaan si ibu di usia awal anak-anak merupakan detik penting buat kedua-dua ibu bapa yang melalui fasa baru alam kehidupan mereka. Cuti bersalin yang lebih lama memberikan peluang untuk ibu yang baru mendapatkan cahaya mata untuk beradaptasi dengan kehidupan yang baru sebelum kembali bekerja.

Dari sudut kesihatan juga, kajian mendapati bahawa tempoh cuti bersalin yang lebih lama memberikan kesan positif terhadap kesihatan mental dan fizikal kepada kedua ibu dan anak.

Bagaimana kalau syarikat tidak memberi cuti bersalin?

Pekerja boleh menghubungi/membuat laporan kepada Pejabat Buruh jika syarikat tidak menyediakan cuti bersalin mandatori di Malaysia. Syarikat yang tidak patuh akan didenda.

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan panduan buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *