Teknik Pomodoro: Bantu Anda Untuk Lebih Fokus Dalam Menyelesaikan Tugasan

Teknik Pomodoro: Bantu Anda Untuk Lebih Fokus Dalam Menyelesaikan Tugasan

Posted by

Teknik Pomodoro adalah salah satu cara pengurusan masa yang diperkenalkan oleh Francesco Cirillo pada akhir 1980-an. Teknik ini menggunakan formula 25 minit bekerja, 5 minit rehat dan diulang sebanyak 4 kali yang mana jumlahnya adalah selama 2 jam.

Teknik Pomodoro ini mungkin kelihatan mustahil untuk dilakukan tetapi dengan 6 rutin yang kami sediakan di bawah ini, teknik ini mungkin berkesan untuk anda.

  1. Menetapkan apa yang anda akan lakukan dalam tempoh 25 minit (perlu realistik).

  2. Tetapkan timer selama 25 minit.

  3. Lakukan kerja anda sepantas mungkin. Sebolehnya jangan terima atau layan sebarang gangguan seperti panggilan telefon, panggilan rakan sekerja. Fokus untuk kerja tersebut.

  4. Selepas 25 minit berlalu, rehat selama 5 minit. Dan perhatikan jika kerja-kerja anda telah disiapkan. Dalam waktu ini juga anda boleh melakukan panggilan, pergi ke tandas, dan sebagainya.

  5. Kalau kerja anda belum siap, atau kalau masa tidak mencukupi, teruskan langkah 2 dan mulakan semula sesi Pomodoro anda.

  6. Ambil rehat lebih panjang (10-20 minit) apabila anda telah melakukan 4 sesi Pomodoro / apabila 2 jam telah berlalu.

Sekiranya anda telah melengkapkan semua rutin ini, anda pasti akan dapat mengagak berapa banyak masa yang anda perlukan bagi menyiapkan sesuatu tugasan. 

Anda boleh menetapkan timer menggunakan jam atau di telefon anda. Malah, terdapat sesetengah aplikasi yang turut menyediakan timer ‘Pomodoro’ ini. 

Teknik Pomodoro: Bantu Anda Untuk Lebih Fokus Dalam Menyelesaikan Tugasan

Kebaikan Teknik Pomodoro

  1. Meningkatkan produktiviti dan tumpuan

  2. Membantu anda untuk tidak lagi multitasking

  3. Mengurangkan masalah burnout

  4. Meningkatkan kualiti dan kuantiti pekerjaan

  5. Melatih anda mengendalikan masa, expectation dan tetapkan deadline

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan ilmu baru buat anda. 

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *