Fakta VS Auta: Fon Telinga Lebih Kotor Berbanding Papan Pemotong?

Fakta VS Auta: Fon Telinga Lebih Kotor Berbanding Papan Pemotong?

Posted by

Kita selalu dengar papan pemotong adalah lebih kotor daripada tempat duduk tandas. Tapi kali ini, kami ingin kongsikan fakta daripada Senior Living Organization yang menyatakan bahawa fon telinga (earphone) adalah lebih kotor berbanding papan pemotong dan peralatan dapur dan siniki yang lain!

Fakta VS Auta: Fon Telinga Lebih Kotor Berbanding Papan Pemotong?
Sumber: Sumber Living

Fon telinga mempunyai 2,708 kali lebih banyak bakteria daripada papan pemotong, 330 kali lebih banyak bakteria daripada meja dapur dan 6 kali lebih banyak bakteria daripada sinki dapur. 

Apabila anda memakai fon telinga, anda akan menutup telinga dari pengudaraan semula jadi. Disebabkan itu, ia akan meningkatkan pengeluaran bakteria sebanyak 700% dalam masa 1 jam.

Terutamanya dalam keadaan panas, basah atau lembap, bakteria dan kotoran lebih mudah tumbuh dan menjadikan telinga terdedah kepada jangkitan.

Fakta VS Auta: Fon Telinga Lebih Kotor Berbanding Papan Pemotong?

Fon telinga yang kotor boleh menyebabkan pelbagai masalah termasuk alergi, ruam atau jangkitan. Ini disebabkan oleh gegendang telinga yang tidak dapat menahan masuknya bakteria dalam kuantiti tersebut sehingga ia mula bertindak balas dan mengakibatkan rasa sakit atau kehilangan pendengaran dalam jangka masa panjang.

Saiz dan reka bentuk fon telinga lazimnya adalah sangat padat yang mana ia akan hadir dengan saiz yang benar-benar cukup untuk menutupi lubang telinga anda. Disebabkan itu, fon telinga anda mungkin akan mengumpulkan banyak bakteria dan kotoran.

Selain itu, fon telinga juga dapat meningkatkan pengumpulan tahi telinga. Pengumpulan tahi telinga yang berlebihan pastinya akan mempengaruhi pendengaran dan boleh mendatangkan kemudaratan pada masa hadapan.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan ilmu baru buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Sumber: everythinglubbock, Cnet


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *