3 Sebab Kenapa Pentingnya Buat Persediaan Sebelum Sesi ‘Interview’

3 Sebab Kenapa Pentingnya Buat Persediaan Sebelum Sesi ‘Interview’

Posted by

Sebelum anda mula buat persediaan untuk sesi interview, anda perlu faham dahulu kenapa persediaan ini penting agar anda mempunyai pandangan yang lebih jelas dan sedikit sebanyak akan membantu anda menempuhi sesi interview dengan lebih tenang.

Sekiranya anda tidak membuat persiapan sebelum sesi interview, anda sebenarnya berada selangkah di belakang calon lain yang datang membuat persediaan.

Tetapi apabila anda membuat persediaan sebelum sesi interview, ia akan meningkatkan keyakinan dan menggandakan peluang anda untuk diambil bekerja.

Menurut statistik:

  • 47% daripada pemohon gagal dalam sesi interview kerana kurangnya pengetahuan tentang syarikat dan huraian kerja (job description)

  • 14.39% daripada calon interview gagal/ditolak kerana tahap keyakinan, nada suara atau kurang senyuman

  • 71% daripada majikan tidak akan mengambil pekerja yang tidak mengikut kod pakaian yang sesuai

  • 32% daripada penemuduga/perekrut berpendapat bahawa calon yang tidak bertanyakan soalan telah membuat kesalahan besar

Satu-satu cara untuk mengatasi semua masalah ini adalah melalui persediaan yang baik.

Berikut kami kongsikan antara tiga sebab kenapa pentingnya buat persediaan sebelum sesi interview.

1. Menunjukkan bahawa anda benar-benar berminat dengan syarikat & jawatan tersebut

Apabila anda buat persediaan sebelum sesi interview, ia menunjukkan dedikasi dan minat anda terhadap jawatan dan syarikat tersebut. Ia sekaligus akan meningkatkan peluang anda dan akan menarik perhatian penemuduga untuk ambil anda bekerja.

Ia juga menunjukkan bahawa anda seorang pekerja yang terperinci, dan mengambil serius terhadap setiap perkara.

2. Meningkatkan keyakinan

Persediaan sebelum interview membantu anda menjangka apa yang bakal berlaku. Sekiranya anda tidak buat persediaan, anda akan menjadi lebih tertekan/stres dan akan menunjukkan prestasi yang tidak membanggakan di hadapan penemuduga nanti. 

3. Membantu menyelaraskan kemahiran dan pengalaman anda dengan keperluan syarikat

Selepas anda membuat kajian (research) tentang syarikat dan majikan yang bakal anda interview, anda boleh selaraskan kemahiran dan pengalaman dengan matlamat dan visi syarikat

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan panduan buat anda.

Sumber: Hiration

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *