Memandangkan tahun 2024, sudah hampir tiba, penting untuk pencari-pencari kerja di luar sana mempertimbangkan pilihan kerjaya yang sesuai yang bukan sahaja senang dapat kerja bahkan dijamin mendapat gaji yang lumayan.
Pemilihan pekerjaan yang tepat bukan sahaja akan memberikan kestabilan emosi bahkan juga menawarkan peluang untuk career growth anda.
Pekerjaan-pekerjaan yang disenaraikan di bawah ini, merupakan antara yang pekerjaan yang senang untuk dapat kerja pada tahun 2024.
1. Pemasar digital (digital marketer)
Bidang pemasaran dan penjualan produk/perkhidmatan secara dalam talian sudah semakin banyak diterajui oleh syarikat atau organisasi. Ini secara tidak langsung telah meningkatkan lagi permintaan pekerjaan bagi pemasar digital. Seorang pemasar digital bertanggungjawab untuk mencipta dan melaksanakan kempen pemasaran.
2. Pakar kecerdasan buatan (AI expert)
Golongan profesional dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan juga pembelajaran mesin (machine learning) berkemungkinan akan senang untuk dapat kerja tahun 2024 disebabkan bidang ini terus maju dan menembusi pelbagai industri.
3. Pakar keselamatan siber (cyber security expert)
Bidang pekerjaan ini semakin mendapat permintaan tinggi memandangkan teknologi terus maju dan lebih banyak organisasi menggerakkan operasi mereka secara dalam talian. Ini bermaksud ancaman serangan siber juga semakin meningkat.
Pakar keselamatan siber bertanggungjawab untuk melindungi organisasi daripada serangan siber dan memastikan keselamatan data sensitif.
4. Pakar pengkomputeran awan (cloud computing)
Bidang pekerjaan ini juga semakin mendapat permintaan tinggi. Pakar pengkomputeran awan bertanggungjawab untuk mereka bentuk, membina dan menyelenggara sistem pengkomputeran awan.
Mereka perlu memastikan sistem tersebut selamat, berskala dan menjimatkan kos.
5. Saintis data (data scientist)
Kebanyakan syarikat atau organisasi sudah mula mencari cara untuk memanfaatkan data untuk menambah baik proses pembuatan keputusan dan memacu pertumbuhan. Ini kerana data adalah elemen paling penting bagi kehidupan berteknologi yang semakin canggih.
Saintis data bertanggungjawab untuk mengumpul, memproses dan menganalisis sejumlah besar data. Mereka menggunakan kaedah statistik dan pembelajaran mesin untuk mengeluarkan cerapan daripada data dan membangunkan model ramalan.
6. Pemaju rantaian blok (blockchain developer)
Banyak industri dan organisasi terutamanya dari luar negara sedang melabur dalam pembangunan dan pelaksanaan rantaian blok (blockchain).
Pembangun rantaian blok bertanggungjawab untuk mereka bentuk dan membina sistem decentralize yang selamat dan cekap. Sistem decentralize adalah sistem di mana komponen peringkat rendah beroperasi pada maklumat tempatan untuk mencapai matlamat global.
7. Pakar teknologi bidang kesihatan (healthtech professional)
Pakar teknologi dalam bidang kesihatan ini terdiri daripada pembangun perisian, saintis data, pengurus produk dan ramai lagi. Mereka ini diperlukan untuk membangun dan melaksanakan teknologi baharu yang berupaya untuk mengurangkan kos serta meningkatkan kecekapan penjagaan pesakit.
8. Pakar tenaga boleh diperbaharui (renewable energy specialist)
Kerjaya ini menjadi semakin penting apabila syarikat atau organisasi berusaha untuk mengurangkan jejak karbon dan memenuhi matlamat pembangunan mampan.
Pakar tenaga boleh diperbaharui terdiri daripada pengurus projek, jurutera dan juruteknik yang akan bertanggungjawab untuk membina, mereka bentuk dan menyelenggara sistem tenaga boleh diperbaharui.
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan panduan buat anda.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Sumber: Medium
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com