Berapa Banyak Kandungan Gula Yang Boleh Diambil Dalam Satu Hari?

Berapa Banyak Kandungan Gula Yang Boleh Diambil Dalam Satu Hari?

Posted by

Pernahkah anda terfikir, berapa banyak kandungan gula yang boleh diambil dalam satu hari? Sebenarnya, setiap daripada kita hanya boleh mengambil gula kurang daripada 30 gram setiap hari iaitu bersamaan dengan 7 sudu teh. Kandungan gula ini termasuklah gula yang ditambah di dalam makanan atau minuman.

Bagi kanak-kanak berusia 7 hingga 10 tahun pula, mereka hanya boleh mengambil gula kurang daripada 24 gram iaitu bersamaan enam sudu teh setiap hari. 

Sementara bagi kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun, mereka disyorkan untuk mengehadkan pengambilan gula kurang daripada 19 gram iaitu bersamaan lima sudu teh setiap hari. 

Pakar kesihatan telah membuktikan bahawa kanak-kanak di bawah umur 4 tahun tidak mempunyai had garis panduan untuk pengambilan gula. Namun mereka digalakkan untuk elakkan daripada mengambil minuman dan makanan yang mempunyai tambahan gula.

Hubung kait gula dan penyakit

Berapa Banyak Kandungan Gula Yang Boleh Diambil Dalam Satu Hari?

Pengambilan gula secara berlebihan telah banyak dikaitkan dengan obesiti yang merupakan faktor pelbagai jenis kanser dan penyakit kardiovaskular. Pengambilan gula tambahan juga boleh menyebabkan berlakunya keradangan dalam badan dan ini boleh menyebabkan tekanan pada jantung dan saluran darah sekaligus meningkatkan tekanan darah.

Bacaan lain: Ini 4 Jenis Senaman Yang Membantu Anda Untuk Capai Tahap Kesihatan Optimum

Makanan yang diproses tinggi juga mengandungi banyak gula bebas dan ia didapati boleh meningkatkan keradangan dan menjadi antara faktor risiko kemurungan.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan ilmu baru buat anda.

Sumber: NHS

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *