Malaysia merupakan antara negara yang memiliki tahap penguasaan bahasa Inggeris tertinggi di dunia khususnya di Asia, lapor tinjauan terbaharu daripada EF English Proficiency Index (EF EPI).
Tinjauan ini mengkategorikan sebanyak 113 buah negara yang tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama. Ia mengukur tahap kecekapan dari paling tinggi hingga ke paling rendah dengan Malaysia berada di peringkat ke-2 tertinggi.
Dalam ranking Asia, Malaysia meraih tempat ke-3 di belakang Singapura yang berada di kedudukan pertama dan Filipina di tempat kedua.
Manakala di peringkat global pula, Malaysia menduduki tempat ke-25 dalam senarai. Kuala Lumpur adalah satu-satunya bandar raya Malaysia yang tersenarai dalam skor EF EPI 2023 City, mengekalkan pengkategorian ‘Kecekapan Tinggi’ (High Proficiency).
Untuk pengetahuan, Malaysia mencatatkan 568 dalam indeks 2023, jatuh 6 mata berbanding 2022, manakala Kuala Lumpur memperoleh 564. Purata global adalah 502.
Lebih menarik lagi, Perak muncul sebagai wilayah di Malaysia dengan penguasaan bahasa Inggeris tertinggi (587), dan Kuantan mendahului sebagai bandar teratas (603). Kumpulan umur 26-30 mempamerkan skor purata tertinggi di negara ini, dengan skor 582.
Artikel berkaitan: Kuala Lumpur Raih Tempat Ke-8 Di Peringkat Global & Ke-3 Di Asia Sebagai Bandar Terbaik Untuk Didiami
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com