Rutin waktu pagi adalah sangat penting untuk memastikan mental dan emosi anda berada dalam keadaan yang positif, tenang dan gembira untuk memulakan hari.
Berikut adalah 10 rutin yang anda boleh cuba amalkan untuk memanfaatkan waktu pagi anda.
1. Bangun awal
Mulakan hari dengan bangun awal. Tetapkan penggera jam (alarm clock) lebih awal daripada waktu yang anda ingin bangun. Berikan diri anda lebih masa untuk bersiap-siap dan menikmati waktu tanpa perlu tergesa-gesa.
2. Tetapkan matlamat harian
Tetapkan matlamat atau tugas untuk dilakukan pada hari itu. Ini dapat membantu memberi fokus dan tujuan pada aktiviti seharian.
3. Meditasi atau berdoa
Luangkan masa untuk bermeditasi atau berdoa. Ini dapat memberikan ketenangan minda dan kesediaan menghadapi cabaran harian.
4. Senaman ringan
Lakukan senaman ringan seperti regangan atau berjalan pagi. Ia dapat meningkatkan tenaga dan memberikan kesegaran pada tubuh sepanjang hari.
5. Sarapan
Jangan skip sarapan pagi. Pilih makanan yang berkhasiat seperti bijirin, buah-buahan dan protein untuk memberikan tenaga yang tahan lama.
6. Pelajari sesuatu yang baru
Gunakan waktu pagi untuk membaca atau mempelajari sesuatu yang baru. Ini akan meningkatkan pengetahuan dan kreativiti. Elakkan penggunaan telefon sama ada untuk memeriksa media sosial ataupun mesej.
7. Aturkan kalendar harian
Semak kalendar hari untuk mengetahui jadual aktiviti. Ini bagi membantu anda merancang hari dengan lebih efisien.
8. Hubungan sosial
Berkomunikasi dengan keluarga atau rakan sebelum memulakan hari. Ini dapat memberi kebahagiaan dan sokongan sosial.
9. Persiapan kerja
Sekiranya hari bekerja, buat persiapan awal sebelum ke tempat kerja. Ini termasuklah menyusun tugas, membaca e-mel dan merancang tindakan untuk hari tersebut.
10. Menikmati alam
Sekiranya berkesempatan, luangkan masa di luar untuk menikmati udara segar dan pemandangan sekitar sebelum memulakan hari.
Memulakan rutin baharu akan mengambil masa yang lama untuk membiasakan diri. Sekiranya anda ingin mengubah rutin pagi untuk memulakan hari dengan lebih baik, mulakan dari sekarang! Mulakan dengan sesuatu yang kecil dan secara beransur-ansur.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com