Podcaster adalah seorang pencipta kandungan (content creator) yang merakam program audio dan berkongsinya kepada audiens melalui platform penstriman dan menjadikannya tersedia kepada sesiapa sahaja yang ingin mendengarnya pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Kerjaya sebagai seorang podcaster dilihat sudah semakin diminati oleh generasi masa kini terutamanya mereka yang petah bercakap.
Terdapat banyak ruang untuk anda menjadi lebih kreatif dalam bidang podcasting. Walau bagaimanapun, terdapat banyak tugasan yang anda perlu lakukan termasuk merancang, merakam dan menerbitkan setiap episod, serta memasarkan podcast untuk mendapatkan lebih ramai pendengar.
Artikel berkaitan: A Quick Guide on How to Get into Listening Podcast
Berikut adalah beberapa tugas lain yang perlu anda lakukan untuk meneruskan kerjaya sebagai seorang podcaster.
1. Research (penyelidikan)
Anda perlu melakukan sedikit research atau homework sebelum menekan butang record (rakam). Ini termasuklah membaca buku, artikel atau kajian, mendengar podcast lain atau menonton video lain sebagai bahan rujukan.
Ini untuk memastikan apabila anda bercakap, anda mempunyai ilmu atau knowledge yang tepat untuk disampaikan.
2. Menulis skrip atau outline
Sesetengah podcaster akan bercakap mengikut skrip yang ditetapkan, manakala yang ada juga podcaster yang akan bercakap secara spontan.
Dalam kedua-dua kes, penting untuk kembangkan idea untuk setiap episod agar setiap episod merangkumi semua kandungan yang berkaitan.
3. Interviewing (menemuduga)
Anda mungkin akan berkongsi mikrofon dengan tetamu atau hos bersama (co-host). Sediakan soalan interview dan soalan-soalan basic agar perbincangan anda kekal di landasan yang betul dan mendapat lebih banyak manfaat daripada podcast tersebut.
4. Description (deskripsi)
Ia bertujuan untuk memberikan pendengar hint tentang apa yang akan dibincangkan dalam podcast tersebut. Ia perlulah menarik agar dapat menarik perhatian pendengar agar mereka dapat teruskan penstriman atau memuat turun podcast tersebut.
5. Post-production editing (suntingan pasca pengeluaran)
Pengeditan boleh dilakukan oleh produser atau hos podcast itu sendiri. Sekiranya anda melakukannya sendiri, gunakan perisian podcasting yang tersedia untuk menghasilkan episod yang berkualiti dan profesional yang sedia untuk distrim.
Tips untuk menjadi seorang podcaster
1. Cari tajuk perbincangan
- Cari topik yang anda mahir sebelum memulakan podcast
- Selain memudahkan anda untuk mencari idea dalam setiap episod, topik tertentu juga akan memudahkan anda untuk menentukan sasaran pendengar
2. Tulis skrip atau poin yang menarik
- Setelah menemui topik perbincangan yang sesuai, anda boleh mula menulis skrip atau poin yang menarik
- Pendengar berkemungkinan akan kembali ke podcast anda sekiranya terdapat perkataan yang menarik atau berkaitan dengan diri mereka
3. Praktikkan gaya pengucapan yang menarik
- Selain topik dan skrip, seorang podcaster juga perlu menitikberatkan gaya pengucapan mereka agar dapat menarik pendengar untuk mendengar podcast sampai akhir
- Sekiranya anda ingin menjadi seorang podcaster, dinasihatkan untuk melatih sebutan supaya jelas dan membantu pendengar untuk memahami maksud kata-kata anda
- Kumpulkan keyakinan dan percaya dengan perwatakan suara yang anda miliki
4. Promosikan podcast di akaun media sosial
- Sekiranya anda benar-benar serius tentang kerjaya sebagai podcaster, anda boleh promosikan podcast di media sosial anda
- Anda juga boleh menghasilkan akaun media sosial yang baharu bertujuan untuk menjadikan khalayak sasaran (target audience) pendengar anda lebih spesifik
5. Konsisten mencari idea yang menarik dan mengikut trend terkini
- Anda perlu konsisten mencari idea yang mengikut trend agar podcast anda mempunyai penjenamaan tertentu selain dapat membantu trafik podcast anda
Sesiapa sahaja boleh memulakan podcast tetapi ia memerlukan banyak usaha untuk menjadikan podcast tersebut sebagai satu perbincangan yang memberi manfaat kepada diri dan juga pendengar yang lain.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan panduan buat anda yang ingin menjadi seorang podcaster.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com