Hari Kesedaran Autisme Sedunia yang disambut pada 2 April setiap tahun merupakan satu inisiatif bagi meningkatkan kesedaran masyarakat dalam memahami penghidap autisme. Masyarakat perlu diberi pendedahan bahawa autisme bukan satu kekurangan tetapi perbezaan.
Autisme berasal daripada perkataan ‘autos’ bermaksud ‘diri sendiri’ manakala, ‘-isme’ bermaksud satu aliran.
Autisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD) merujuk kepada seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri. Ia merupakan suatu gangguan neurologi di otak yang mempengaruhi perkembangan pemikiran kanak-kanak yang mengganggu komunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku dalam menjalankan aktiviti seharian.
Autisme memberi kesan kepada tiga komponen iaitu sosial, komunikasi dan tingkah laku. Disebabkan itu, kanak-kanak autisme akan mengalami masalah pertuturan, emosi, pemikiran dan pola permainan
Autisme boleh disifatkan sebagai masalah yang paling popular berlaku dalam kalangan kanak-kanak zaman ini dan sering menjadi perbahasan serta kajian dalam bidang perubatan dalam mencari jawapan disebalik punca sebenar, tanda dan gejala yang berlainan, cara merawat dan sebagainya.
Bacaan lain: Ini Fakta Menarik Tentang Hari Wanita Sedunia!
Berikut kami kongsikan lapan fakta menarik dalam memahami individu autisme.
- Menurut kajian yang dijalankan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat, satu daripada 68 orang kanak-kanak adalah autisme.
- Gangguan perkembangan neuro sepanjang hayat.
- Penghidap autisme boleh dikenal pasti seawal usia 18 bulan.
- Kanak-kanak lelaki mempunyai kemungkinan mendapat autisme 4 kali berbanding kanak-kanak perempuan.
- Autisme mempunyai spektrum yang tersendiri yang dikategorikan dalam tiga peringkat iaitu parah, sederhana dan sangat parah.
- Punca sebenar sindrom autisme masih belum dikenal pasti, namun faktor yang sering dikaitkan adalah persekitaran, biologi dan genetik.
- Tiada rawatan yang sebenar dalam mengubati sindrom ini tetapi salah satu rawatan yang diusahakan ialah melalui terapi Applied Behavior Analysis (ABA).
- Tidak dapat dikenal pasti hanya dengan melihat secara fizikal.
Semoga perkongsian kami ini memberi ilmu baru buat anda.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan.
Sumber: Sinar Harian
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.