PM Anwar Mahu Singapura Hantar Guru Mereka Mengajar Bahasa Inggeris di Malaysia

PM Anwar Mahu Singapura Hantar Guru Mereka Mengajar Bahasa Inggeris di Malaysia

Posted by

Sekitar sebulan yang lalu, Lee Hsien Loong meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Singapura dan Lawrence Wong, yang merupakan Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, dilantik untuk mengambil alih peranan itu.

Melalui perbincangan antara Malaysia dan Singapura, negara republik itu mungkin akan menghantar guru-guru untuk mengajar bahasa Inggeris dan mata pelajaran lain di beberapa tempat dalam negara. 

Menurut Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, perkara itu disentuh beliau dalam pertemuan empat mata dengan rakan sejawatnya dari Singapura Lawrence Wong di Seri Perdana di sini, pada Rabu.

“Kami memang ada berbincang mengenai kemungkinan Singapura menimbangkan permintaan saya agar menghantar guru-guru bagi mengajar bahasa Inggeris atau mata pelajaran lain ke beberapa kawasan di negara ini.

“Biarlah siswazah muda membuat pilihan sendiri (mata pelajaran mana yang hendak diajar) jika boleh,” katanya pada sidang media bersama dengan Lawrence.

“Perkara ini bukan sesuatu yang kami rangka terlebih dahulu menerusi pegawai-pegawai terlibat. Cuma, kita cuba buktikan bahawa adakalanya perdana menteri boleh buat keputusan tertentu sebelum memaklumkan kepada menteri berkaitan,” katanya.

Artikel lain: Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Tidak Perlu Jadi Perdebatan

Untuk pengetahuan, Anwar dan Lawrence mengadakan mesyuarat sempena lawatan sulung perdana menteri republik itu sejak mengangkat sumpah untuk jawatan berkenaan pada 15 Mei.

Lawatan Lawrence menekankan kesetiaan bersama Malaysia dan Singapura dalam memperkukuhkan hubungan yang telah lama terjalin serta sebagai persediaan untuk sesi Pemukiman Tahunan Pemimpin yang akan dianjurkan oleh Malaysia pada akhir tahun ini.

Apa pandangan anda tentang ini?

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *