Sebelum anda memulakan proses mencari kerja, terdapat beberapa fasa yang anda perlu lalui untuk memastikan bahawa anda telah jelas dan mengetahui laluan kerjaya yang anda ingin ceburi.
Berikut adalah 4 fasa penting yang anda perlu lalui dalam proses mencari kerja:
1. Self awareness
Anda perlu kenal diri sendiri dengan mengenal pasti kekuatan diri, minat dan kesesuaian kerjaya anda dalam bidang apa. Untuk mengetahui aspek-aspek berikut, anda boleh gunakan personality tools seperti ‘Holland Code’.
2. Market awareness
Anda perlu kenal pasti dan ambil tahu sektor kerjaya yang sedang mendapat perhatian dan menjadi tarikan. Pemilihan sektor kerjaya yang menjadi tarikan bukan sahaja membantu anda untuk lebih terbuka kepada kerjaya yang ditawarkan, bahkan dapat memberi jaminan untuk situasi-situasi yang tertentu.
3. Personal branding
Perkara yang perlu anda buat sebelum mencari kerja adalah menyediakan profil seperti resume dan juga LinkedIn.
4. Experience
Anda perlu dapatkan seberapa banyak pengalaman (experience) dengan melakukan kerja separuh masa (part time), latihan industri (internship) dan sebagainya.
Justeru, dalam proses mencari kerja, anda perlu melalui fasa-fasa berikut untuk mendapatkan pengalaman. Di samping itu, anda juga dapat merasai sebuah kepuasan apabila menerima gaji dan ilmu baru daripada setiap fasa-fasa yang dilalui itu.
Artikel berkaitan: Iklan Kerja Tak Tulis Jumlah Gaji? Ini Apa Yang Anda Perlu Buat
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!