Syarikat Ini Tawar Gaji Serendah RM1,750 Untuk Jawatan Junior Pemasaran Digital, Tapi Job Scope Macam 6 Orang Pekerja 

Syarikat Ini Tawar Gaji Serendah RM1,750 Untuk Jawatan Junior Pemasaran Digital, Tapi Job Scope Macam 6 Orang Pekerja 

Posted by

Baru-baru ini, seorang warganet menemukan satu tawaran kerja yang tidak masuk akal apabila syarikat ini menawarkan jawatan Junior Pemasaran Digital dengan gaji bernilai RM1,750 sahaja tetapi memerlukannya untuk melakukan pelbagai jenis skop kerja

Antara skop kerja yang perlu dilaksanakan adalah sebagai seorang pakar pengiklanan, membuat perancangan pengiklanan berbayar online, merancang serta memantau konten dalam media sosial, menyediakan copywriting, memastikan capaian iklan untuk setiap kempen dioptimumkan dan banyak lagi.

Menurut seorang pengguna di laman X, skop kerja yang dinyatakan bukanlah untuk jawatan Junior Pemasaran Digital bagi lepasan graduan.

Syarikat Ini Tawar Gaji Serendah RM1,750 Untuk Jawatan Junior Pemasaran Digital, Tapi Job Scope Macam 6 Orang Pekerja 

Sebaliknya kesemua skop kerja tersebut melibatkan 6 orang pekerja yang melibatkan Eksekutif, Pengurus, Copywriter, Pencipta Konten dan Pembeli Iklan.

Artikel berkaitan: Wanita Ini Mengaku Kerja Kerajaan Guna Orang Dalam & Bangga Dapat Rehat Selama 3 Jam!

Menurut seorang lagi pengguna di laman X, skop kerja yang disenaraikan memerlukan kepakaran daripada individu-individu yang lebih berpengalaman.

Syarikat Ini Tawar Gaji Serendah RM1,750 Untuk Jawatan Junior Pemasaran Digital, Tapi Job Scope Macam 6 Orang Pekerja 

Pada masa yang sama, orang ramai berharap ada wakil kerajaan dapat memantau syarikat-syarikat yang cuba mengeksploitasi lepasan universiti.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *