Wanita Ini Mengaku Kerja Kerajaan Guna Orang Dalam & Bangga Dapat Rehat Selama 3 Jam!

Wanita Ini Mengaku Kerja Kerajaan Guna Orang Dalam & Bangga Dapat Rehat Selama 3 Jam!

Posted by

Tular di laman X apabila seorang pekerja sektor awam dengan bangganya mengaku dapat berehat selama 3 jam pada hari Jumaat sambil mendakwa bahawa beliau mendapat jawatan tersebut disebabkan ‘cable’ atau ‘orang dalam’.

Hantaran di laman X tersebut menunjukkan sebuah gambar di mana seorang wanita memuat naik sebuah video beliau beriadah pada hari kerja di salah sebuah pusat karaoke.

Dalam video tersebut, wanita terbabit memberi sudut pandang bagaimana beliau menikmati hari Jumaat dengan rehat selama 3 jam.

Wanita tersebut mengaku bahawa dia merupakan pekerja sektor awam dan setiap kali rehat, dia akan menghabiskan masa di pusat beli-belah yang cuma terletak di sebelah pejabat sahaja.

Dia juga mengaku mempunyai ‘orang dalam’ dalam sektor tersebut iaitu ibunya sendiri yang bekerja di situ.

Artikel berkaitan: Kerja Kerajaan VS Kerja Swasta: Yang Mana Satu Jadi Pilihan?

Tindakan kurang cerdik wanita terbabit telah menyebabkan beliau tular di beberapa media sosial dengan kebanyakan warganet mengkritiknya.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Sumber: X

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *