Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) mendapati seramai 293,639 tenaga kerja kehilangan pekerjaan sepanjang 2020 hingga 27 September lalu.
Artikel berkaitan: Teknologi AI Buatkan Berjuta Rakyat Malaysia Berisiko Hilang Kerja
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, terdapat tujuh industri paling terkesan dalam tempoh tersebut iaitu membabitkan sektor pembuatan seramai 75,615 orang, sektor perdagangan borong dan runcit (43,614) serta sektor aktiviti profesional, saintifik dan teknikal (23,907).
Selain itu, sektor sistem teknologi maklumat (ICT) seramai 19,931 orang, sektor penginapan serta aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman (23,124).
Bagi sektor pembinaan pula melibatkan seramai 21,233 orang, sektor pengangkutan (20,953) dan lain-lain sektor (65,262).
Datuk Seri Abdul Rahman berkata demikian bagi menjawab soalan Oscar Ling Chai Yew (PH-Sibu) berkaitan industri yang terkesan disebabkan peningkatan automasi dan kecerdasan buatan.
Pihak kementerian menurut beliau komited memperkukuh kebolehpasaran graduan dan pekerja, selaras dengan kehendak industri semasa.
Menurut Abdul Rahman, mengikut statistik Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), sebanyak 575,044 pencari kerja aktif telah direkodkan dari Januari hingga 27 September tahun ini menerusi Portal MYFutureJobs, berbanding 125,956 kekosongan jawatan yang diiklankan.
“Bagi menangani cabaran guna tenaga tidak penuh terutama bagi graduan baharu dan pekerja tempatan, pelbagai program telah diperkenalkan oleh KESUMA antaranya Program Latihan di bawah Sistem Insurans Pekerjaan, Skim Latihan Bakal Pekerja (FWT) dan Kursus Berfokuskan Industri 4.0,” katanya.
“Selain itu, Kursus Berfokuskan Industri 4.0 dan Kerjasama Strategik dan Pusat Teknologi serta Pembiayaan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) untuk Pelatih,” ujarnya.
Program lain ialah Program Kerjasama Strategik dan Pusat Teknologi serta Pembiayaan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) untuk pelatih kemahiran KESUMA.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!