Gadis Bengang Dituduh Minta MC Untuk Ponteng Kerja Oleh Seorang Doktor Klinik Kerajaan

Gadis Bengang Dituduh Minta MC Untuk Ponteng Kerja Oleh Seorang Doktor Klinik Kerajaan

Posted by

Baru-baru ini, tular di laman X apabila seorang gadis meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila berdepan situasi dituduh cuba menipu sijil cuti sakit (MC) kerana ‘lambat ke klinik.’

Artikel berkaitan: Wanita Ini Mengaku Kerja Kerajaan Guna Orang Dalam & Bangga Dapat Rehat Selama 3 Jam!

Menerusi ciapan daripada @adlinakml, dia pada mulanya sangat teruja untuk pergi ke klinik kerajaan bagi mendapatkan konsultasi dan turut berkongsi gambar resit RM1.

Namun, setelah selesai sesi konsultasi dan ketika gadis itu mahu meminta sijil cuti sakit (MC), lain pula jadinya. Dia dimarahi oleh doktor tersebut dengan alasan gadis itu datang lewat ke kinik.

 “Kalau nak MC kenapa tak datang awal, kenapa sekarang baru datang,” katanya.

Gadis tersebut mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa badannya baru rasa sedikit bertenaga pada waktu petang untuk datang ke klinik selepas mendapat nasihat daripada majikannya. 

Walau bagaimanapun, doktor tersebut masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan dan menuduh wanita berkenaan hanya memberi alasan untuk mendapatkan MC dengan mudah.

“Sekarang boleh bangun pulak. Larat pulak? Tu semua alasan je,” bidas doktor itu.

Dalam ciapan itu juga, gadis berkenaan turut berkongsi bahawa doktor terbabit gemar memotong percakapan sekaligus membuatkan wanita itu tidak dapat untuk berkomunikasi dengan efektif.

Bagaimanapun, doktor tersebut hanya memberikan MC selepas mengetahui latar belakang kerjanya iaitu sebagai barista yang tidak mengikut waktu pejabat biasa dan mempunyai fleksbiliti masa untuk bertugas.

Gadis itu berasa bengang kerana doktor berkenaan tidak mahu mendengar keluhan atau penjelasan daripada pesakit dan suka membuat andaian sendiri. 

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *