Sejak sedekad yang lalu, Asia Tenggara telah mendapat tempat dalam arena ekonomi global. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan ketara dalam saiz syarikat terbesar di setiap negara di rantau ini, yang diukur dari segi nilai pasaran atau market capitalization.
Menurut data yang dikeluarkan Seasia.Stats, Bank Central Asia (BCA) dari Indonesia dan DBS Group dari Singapura berada di kedudukan teratas sebagai syarikat paling bernilai di Asia Tenggara.
Kedua-dua syarikat perbankan ini masing-masing memiliki nilai pasaran melebihi $60 bilion, menandakan kekuatan sektor perbankan di rantau ini.
Bagi Malaysia pula, syarikat yang mencatat nilai pasaran tertinggi ialah Maybank, dengan anggaran nilai sekitar $20 bilion.
Ini menjadikan Maybank sebagai syarikat paling bernilai di negara ini, sekaligus melambangkan dominasi sektor perbankan di antara syarikat-syarikat Malaysia yang lain.
Artikel berkaitan: Malaysia Tersenarai Antara 5 Negara Yang Dijamin Selamat & Boleh Didiami Selepas Bersara
Negara-negara lain seperti Thailand, Vietnam, dan Filipina juga mempunyai syarikat terbesar mereka dengan anggaran nilai pasaran sekitar $20 bilion.
Ini menunjukkan adanya persaingan yang ketat antara syarikat-syarikat di Asia Tenggara, meskipun dengan skala yang berbeza.
Sebagai contoh, Thailand memiliki syarikat gergasi PTT yang terlibat dalam sektor minyak dan gas, manakala Vietnam dan Filipina masing-masing diwakili oleh Vietcombank dan SM Investments dalam sektor perbankan dan konglomerat.
Data ini memberikan gambaran jelas tentang kekuatan ekonomi dan sektor yang dominan di setiap negara.
Menariknya, Indonesia dan Singapura berada di barisan hadapan, menunjukkan pertumbuhan pesat sektor perbankan di kedua-dua negara ini.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!