Malaysia Tersenarai Antara 5 Negara Yang Dijamin Selamat & Boleh Didiami Selepas Bersara

Malaysia Tersenarai Antara 5 Negara Yang Dijamin Selamat & Boleh Didiami Selepas Bersara

Posted by

Malaysia telah tersenarai sebagai negara paling selamat untuk bersara di Asia dengan perbelanjaan kurang daripada AS$2,000 atau RM 9,000 sebulan.

Artikel berkaitan: Malaysia dahului senarai 10 tempat selamat untuk bersara di Asia

Menurut kajian yang dijalankan oleh Nasdaq, Malaysia muncul sebagai pilihan nombor satu dalam senarai 10 tempat paling selamat dan paling mesra bajet untuk bersara di Asia.

Di tempat kedua ialah Kuwait, diikuti Mongolia, Vietnam, dan Indonesia.

Antara sumber data penting yang digunakan untuk penilaian ini adalah:

  • Kumpulan Wilayah Pasifik-Asia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu daripada World Population Review 
  • Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada World Population Review 
  • Angka Kos Sara Hidup dari Numbeo  
  • Indeks Keamanan Global daripada Laporan 2022 Institut Ekonomi dan Keamanan

Antara semua negara yang disenaraikan, Malaysia bukan sahaja mendapat tempat pertama, jauh meninggalkan negara-negara lain bahkan turut menyerlah kerana prestasi negara Malaysia yang mengagumkan dalam metrik utama. 

Malaysia Tersenarai Antara 5 Negara Yang Dijamin Selamat & Boleh Didiami Selepas Bersara

Bagi melayakkan diri untuk tersenarai dalam senarai ini, sesebuah negara itu perlu mempunyai indeks keamanan global di bawah 2.0 bagi memastikan persekitaran yang aman dan stabil untuk pesara.

Malaysia menyediakan tahap keselamatan dan ketenangan yang tiada tandingannya di rantau ini iaitu dengan memiliki indeks keamanan global yang luar biasa iaitu 1.471. 

Faktor ini cukup untuk membuktikan bahawa negara Malaysia akan memberikan ketenangan fikiran kepada pesara ketika mereka ingin memulakan usia emas mereka. Bukan itu sahaja, Malaysia mempunyai purata kos sara hidup bulanan sebanyak USD 1,066 atau sekitar RM 4,824. Ini sekaligus menjadikan negara Malaysia sebagai pilihan yang sangat berpatutan bagi mereka yang mempunyai bajet tetap.

Di Malaysia, pesara boleh menikmati gaya hidup yang memuaskan tanpa membebankan kewangan mereka oleh kerana indeks kos sara hidup Malaysia adalah sebanyak 22.9.

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang kukuh sebanyak USD 481.9 trillion menunjukkan kestabilan ekonomi dan prospek pertumbuhannya, di samping menawarkan pesara persekitaran yang selamat untuk rancangan persaraan mereka.

Selain daripada keselamatan dan kemampuannya, Malaysia mempunyai banyak lagi untuk ditawarkan kepada pesara seperti kepelbagaian budaya iklim yang hangat, komuniti yang mesra yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang menarik dan best untuk didiami.

Sistem penjagaan kesihatan negara yang cemerlang dan terkenal di peringkat global juga akan memastikan pesara boleh mengakses perkhidmatan perubatan berkualiti tinggi tanpa perlu membebankan wang. 

Bukan itu sahaja, keindahan alam semula jadi Malaysia yang menakjubkan, pantai yang bersih, hutan hujan yang subur, kewujudan bandar-bandar moden menjadikan Malaysia sebuah negara yang membolehkan pesara menikmati kebebasan baharu mereka dengan sepenuhnya.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan ilmu baru buat anda. 

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *