Stesen TV Milik Pengacara Popular Culas Bayar Gaji Pekerja?

Stesen TV Milik Pengacara Popular Culas Bayar Gaji Pekerja?

Posted by

Belum sempat reda isu Bubblebee gagal bayar carum PERKESO, timbul pula isu yang lebih kurang sama. Baru-baru ini, tular di laman X luahan hati bekas pekerja di sebuah syarikat penyiaran yang dimiliki oleh pengacara popular yang kecewa tidak menerima gaji dan caruman Kumpulan Wang Dan Simpanan (KWSP).

Stesen TV Milik Pengacara Popular Culas Bayar Gaji Pekerja?

Menurut individu tersebut, dia sebelum ini sudah membuat aduan di pejabat buruh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), namun tiada sebarang tindakan yang diambil.

Dalam pada itu, seorang pengacara terkenal yang dikenali sebagai Meyraa Khan di laman Instagramnya turut mengulas tentang isu yang sama.

Sumber: Meyraa Khan

“Gaji lambat satu bulan kita dah tahan. Tapi gaji lambat tiga bulan ni kita tak tahu undang-undang mana yang digunakan.

“Bukan gaji je, EPF, SOCSO, KWSP masih tertunggak. Saya seorang takpe, tapi kalau ketua keluarga macam mana. Tiga bulan tak ada gaji.

“Bantulah kami yang teraniaya dan tak terdaya ini untuk menuntut keadilan. Semoga dengan bantuan korang, mungkin kalau viral baru dibayar gamaknya. 

Selain itu, seorang lagi bekas pekerja di situ turut menyatakan rasa kecewanya terhadap syarikat berkenaan, malah mendakwa wang simpanannya sudah habis digunakan akibat gaji yang tertunggak selama lapan bulan.

Stesen TV Milik Pengacara Popular Culas Bayar Gaji Pekerja?

Walau bagaimanapun, ketika artikel ini ditulis, pemilik stesen TV berkenaan iaitu Datuk AC Mizal telah memuat naik satu video di laman Instagram miliknya dengan menafikan dakwaan berkenaan.

Stesen TV Milik Pengacara Popular Culas Bayar Gaji Pekerja?

Menurut AC, dia terpanggil untuk menjawab kenyataan fitnah dan tohmahan tesebut bagi mengelakkan salah faham dan fitnah. Ujar AC, isu Suke TV tidak membayar tiga bulan gaji kepada individu tersebut adalah tidak benar dan fitnah semata-mata.

AC juga turut menjelaskan bahawa dia menyerahkan perkara ini kepada peguam dan mahkamah untuk memutuskan siapa yang salah dan betul.

Jelas AC lagi, pihaknya mempunyai bukti dan mereka tidak mahu mencanang isu ini kepada umum.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *