620,000 Individu Dalam 10 Sektor Utama Berisiko Kehilangan Pekerjaan Jika Gagal Tingkatkan Kemahiran

620,000 Individu Dalam 10 Sektor Utama Berisiko Kehilangan Pekerjaan Jika Gagal Tingkatkan Kemahiran

Posted by

Sehingga lima tahun akan datang, sekitar 620,000 individu dalam 10 sektor utama di pasaran berisiko kehilangan pekerjaan jika mereka tidak menambahbaik bakat kemahiran semasa.

Kenyataan ini dibuat berdasarkan kajian mengenai Impak AI, Digital, dan Ekonomi Hijau terhadap Tenaga yang dijalankan oleh TalentCorp, yang menekankan kesan perkembangan penerapan teknologi ke atas pasaran pekerjaan.

Dengan adanya teknologi canggih pada masa kini, ia secara tidak langsung dapat meningkatkan kecekapan dan produktiviti dalam sejumlah sektor di luar sana. Antara sektor utama yang terlibat:

  1. Aeroangkasa
  2. Kimia
  3. Elektrik dan Elektronik
  4. Tenaga dan Kuasa
  5. Pembuatan dan Perkhidmatan Makanan
  6. Perniagaan global
  7. Teknologi
  8. Peranti Perubatan
  9. Farmaseutikal
  10. Borong dan Runcit

Disebabkan penerapan teknologi sedemikian, majikan akan mempunyai lebih banyak pilihan dan fokus dalam proses pengambilan pekerja, berdasarkan kemahiran khusus sahaja.

Oleh kerana itu, penting untuk meningkatkan kemahiran bakat sedia ada bagi memastikan tenaga kerja negara kekal relevan dengan keperluan pasaran.

Kehadiran teknologi juga dijangka akan mencipta jurang baharu, di mana akan muncul pekerjaan-pekerjaan baharu dalam bidang tertentu, manakala beberapa pekerjaan sedia ada akan digantikan oleh kecerdasan buatan.

Oleh itu, individu yang berada dalam sektor utama yang disenaraikan perlu mengambil inisiatif untuk mempersiapkan diri dengan kemahiran yang selaras dengan keperluan pasaran semasa.

Artikel berkaitan: Teknologi AI Buatkan Berjuta Rakyat Malaysia Berisiko Hilang Kerja

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *