Rakyat Malaysia Tersenarai Antara Negara Paling Malas Berjalan Kaki Di Dunia

Malaysia Tersenarai Antara Negara Paling Malas Berjalan Kaki Di Dunia

Posted by

Menurut kajian global yang dijalankan oleh Universiti Stanford, Malaysia dan Indonesia tersenarai sebagai antara negara dengan rakyat paling malas untuk berjalan kaki di dunia. 

Kajian ini menganalisis aktiviti fizikal rakyat dari pelbagai negara dan mendapati bahawa gaya hidup yang kurang aktif, terutamanya dalam berjalan kaki, adalah satu masalah yang semakin meningkat di kedua-dua negara ini.

Data ini menunjukkan krisis aktiviti fizikal di rantau Asia Tenggara. Indonesia berada di kedudukan pertama manakala Malaysia berada di kedudukan ketiga. 

Kajian ini melibatkan seramai 717,000 individu dari 111 negara dari seluruh dunia dan mengambil kira jumlah purata langkah harian setiap individu.

Rakyat Indonesia mencatat 3,531 langkah sehari, jauh lebih rendah daripada purata global, iaitu sekitar 5,000 langkah.

Manakala rakyat Malaysia pula hanya sedikit lebih baik dengan 3,963 langkah sehari, sekaligus meletakkan kita dalam tiga teratas senarai ini.

Berikut adalah Top 10 Negara Paling Malas Berjalan Kaki:

Rakyat Malaysia Tersenarai Antara Negara Paling Malas Berjalan Kaki Di Dunia

Menurut kajian ini, terdapat beberapa faktor utama yang menyumbang kepada kenapa rakyat di negara-negara terbabit malas berjalan. Ia adalah disebabkan faktor laluan pejalan kaki yang sering digunakan untuk parkir motor, dijadikan lokasi berniaga, atau bahkan tidak wujud langsung di kawasan tertentu.

Selain itu, di Indonesia dan Malaysia, penggunaan motosikal dan kereta adalah lebih utama.

Tambahan pula, faktor cuaca panas terik di negara tropika juga memainkan peranan.

Walau bagaimanapun, tahukah anda bahawa jumlah langkah harian yang rendah dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan seperti obesiti, diabetes, dan penyakit jantung.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyarankan agar setiap individu berjalan sekurang-kurangnya 10,000 langkah sehari untuk mengekalkan gaya hidup sihat.

Namun, melalui kajian yang dijalankan, negara-negara seperti Indonesia dan Malaysia masih jauh daripada sasaran ini.

Menurut pakar kesihatan, gaya hidup yang kurang sihat telah menjadi kebiasaan di kebanyakan bandar besar di Asia Tenggara, ditambah dengan ketiadaan kesedaran tentang pentingnya aktiviti fizikal.

Penyelesaian kepada masalah ini adalah kerajaan perlu menitikberatkan pembangunan infrastruktur mesra pejalan kaki.

Kaki lima yang lebih luas, selamat, dan bebas dari gangguan kenderaan adalah langkah pertama ke arah perubahan yang lebih sihat dan aktif. Inisiatif ini dapat memastikan bahawa orang ramai merasa lebih selesa dan selamat untuk berjalan kaki, tanpa perlu risau tentang keselamatan mereka di jalan raya.

Selain itu, kempen kesedaran kesihatan perlu diperhebat untuk menggalakkan rakyat supaya lebih aktif dalam kehidupan seharian mereka. Masyarakat perlu disedarkan tentang pelbagai manfaat melakukan aktiviti fizikal, terutama berjalan kaki, yang boleh meningkatkan kesihatan fizikal dan mental.

Bagi individu pula, sudah tiba masanya kita semua mengambil langkah kecil untuk menambah jumlah pergerakan harian. Ini adalah perubahan mudah yang boleh memberikan impak besar dalam meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.

Berjalan kaki bukan sahaja percuma, tetapi juga baik untuk kesihatan dan alam sekitar.

Artikel berkaitan: Malaysia Antara Negara Dengan Jumlah Penghidap Diabetes Tertinggi Di Dunia

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Sumber: Seasia Stats

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *