Menjadi seorang guru yang berkualiti tidak semudah yang disangka kerana ia melibatkan lebih daripada sekadar menyampaikan ilmu. Ini kerana, guru perlu mempunyai pelbagai kemahiran seperti kemahiran komunikasi, pengurusan kelas dan kebolehan untuk memberi motivasi kepada pelajar.
Selain itu, seorang guru yang berkualiti perlu bijak menyesuaikan diri dengan perubahan kurikulum, perkembangan teknologi, dan keperluan pelajar yang sentiasa berkembang.
Seorang guru yang berkualiti bukan sahaja perlu menunjukkan dedikasi dan kesabaran yang tinggi, malah sentiasa berusaha untuk memperkaya ilmu dan kemahiran diri, demi membantu perkembangan pelajar secara menyeluruh.
Bagi membantu guru-guru di luar sana menjadi pendidik yang cemerlang, berikut kami kongsikan rahsia yang dapat membantu anda mencapai kecemerlangan dalam profesion ini.
1. Kreatif
Menjadi seorang guru memerlukan tahap kreativiti yang tinggi. Seorang guru perlu bijak menawan hati pelajar bagi menarik minat mereka, terutama apabila berhadapan dengan segelintir pelajar yang nakal dan kurang fokus dalam kelas.
Penggunaan alat bantu mengajar yang menarik dan interaktif terbukti dapat memikat perhatian pelajar sekaligus membantu mereka untuk lebih fokus dan menghayati pembelajaran dengan lebih mendalam.
Selain itu, melibatkan pelajar dalam aktiviti seperti lakonan atau kerja berkumpulan juga dapat meningkatkan pemahaman mereka terhadap sesuatu subjek, serta menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan dan bermakna.
2. Lokasi
Kebanyakan guru akan sentiasa berusaha untuk mencari cara kreatif dalam menawan hati pelajar mereka. Hal ini kerana, dalam setiap kelas, pasti terdapat pelajar yang mudah mengantuk, lebih cenderung untuk mengalihkan perhatian, atau tidak berminat dengan subjek yang diajar. Oleh itu, guru perlu bijak dan kreatif dalam pendekatan pengajaran.
Salah satu kaedah yang sering digunakan adalah dengan mengubah suasana pengajaran, seperti mengajar di luar kelas atau di perpustakaan. Ini bukan sahaja memberikan suasana baharu, tetapi juga memberi peluang kepada pelajar untuk belajar dalam persekitaran yang lebih segar.
3. Ganjaran
Guru yang berkualiti akan bijak dan berani mengambil inisiatif dengan memberikan sesuatu yang istimewa bagi menghargai usaha pelajar. Sebagai contoh, mereka mungkin akan membeli pensel, buku nota kecil, atau gula-gula untuk diberikan kepada pelajar yang berjaya menjawab soalan, menyiapkan latihan lebih awal, atau melakukan sesuatu yang luar biasa.
Tindakan kecil seperti ini bukan sahaja memotivasi pelajar, tetapi juga mencipta suasana pembelajaran yang lebih ceria dan membangkitkan semangat pelajar untuk terus berusaha. Dengan cara ini, guru bukan sahaja mengajar, tetapi turut mencipta pengalaman pembelajaran yang menggembirakan dan memberi kesan positif kepada pelajar.
4. Pujian
Berikan pujian kepada setiap jawapan yang diberikan oleh pelajar, walaupun jawapan tersebut kurang tepat. Pendekatan ini akan membangkitkan semangat mereka untuk terus aktif dalam sesi soal jawab bersama guru.
Pujian yang diberikan akan memberi keyakinan kepada pelajar untuk terus mencuba dan berusaha. Jika jawapan yang diberikan salah, elakkan merendahkan mereka. Sebaliknya, bantu mereka dengan memberikan klu atau petunjuk yang boleh membawa mereka kepada jawapan yang betul atau paling hampir.
5. Maksimumkan tenaga
Guru boleh memanfaatkan pelbagai gajet dan teknologi seperti komputer riba, internet, dan projektor untuk menjadikan pembelajaran lebih dinamik. Dengan mengubah fokus pelajar dari bahan statik seperti buku teks kepada sumber yang lebih interaktif, pembelajaran akan menjadi lebih segar, bervariasi, dan terkini.
6. Variasi
Jangan biarkan kelas anda menjadi hambar hanya dengan pembelajaran biasa. Selepas 15 minit mengajar, selitkan soalan kuiz untuk pastikan pelajar terus fokus. Selain itu, segarkan kelas dengan aktiviti-aktiviti ringan seperti regngan atau senaman otot yang boleh buatkan suasana lebih ceria, meningkatkan semangat pelajar untuk terus belajar.
Jangan biarkan kelas anda menjadi hambar hanya dengan pembelajaran biasa. Selepas 15 minit mengajar, selitkan soalan kuiz untuk memastikan pelajar terus fokus. Selain itu, segarkan kelas dengan aktiviti ringan seperti regangan atau senaman otot yang boleh membuat suasana lebih ceria dan melucukan, meningkatkan semangat pelajar untuk terus belajar.
7. Beri perhatian pada semua
Ketika mengajar, guru perlu memberi perhatian kepada semua pelajar dengan memandang ke wajah mereka, agar pelajar yang lebih lemah tidak merasa terpinggir. Berikan peluang kepada semua pelajar untuk menjawab soalan. Ini akan meningkatkan fokus mereka. Selain itu, galakkan pelajar untuk berkongsi idea mereka, kerana ini membantu mereka melatih kemahiran mendengar dan berinteraksi dengan pelbagai pendapat dari orang lain, sama ada rakan, guru, atau orang dewasa.
Artikel berkaitan: 4 Aspek Penting Yang Perlu Difahami Sebelum Memohon Menjadi Seorang Guru
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan.
