Negara kini berdepan dengan satu isu kritikal iaitu pasaran negara berdepan kekurangan juruaudit dalaman bertauliah (CIA). Setakat ini hanya 800 profesional CIA yang berkhidmat di pasaran semasa di mana angka ini amat membimbangkan susulan terdapat lebih 1,000 syarikat tersenarai awam di Malaysia.
Menurut laporan Institut Juruaudit Dalaman Malaysia (IIAM), kekurangan ini bukan hanya sekadar memaparkan penurunan bakat tempatan tetapi turut meningkatkan risiko pada perlindungan melibatkan isu integriti dalam tadbir urus korporat di pasaran.
Jika sebelum ini peranan juruaudit lebih tertumpu kepada pematuhan dan pemeriksaan kewangan, kini skop tugas mereka telah berkembang merangkumi perlindungan sistem data, pematuhan terhadap aspek ESG, serta penilaian keupayaan syarikat dalam menghadapi tekanan ekonomi yang tidak dijangka.
Oleh itu, perkembangan ini seharusnya menjadi petunjuk penting buat Malaysia untuk memperkukuh kapasiti kumpulan profesional tersebut. Langkah ini bukan sahaja akan mempertingkatkan tahap integriti dan ketelusan, malah turut memastikan daya saing negara kekal utuh di peringkat serantau.
Dalam jangka panjang, pelaburan dalam pembangunan bakat juruaudit dalaman adalah satu keperluan strategik bagi memperkukuh landskap korporat negara dan menjamin pertumbuhan ekonomi yang kukuh.
Artikel berkaitan: Negara Berdepan Isu Kekurangan Jururawat Yang Serius
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan.
