Bilangan Warga Emas Berusia 100 Tahun di Jepun Hampir Mencapai 100,000 Orang

Bilangan Warga Emas Berusia 100 Tahun di Jepun Hampir Mencapai 100,000 Orang

Posted by

Menurut Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan Jepun, jumlah warga emas berusia 100 tahun ke atas di negara itu kini menghampiri 100,000 orang, dengan hampir 90 peratus daripadanya terdiri daripada wanita.

Sehingga 1 September yang lalu, seramai 99,763 individu berumur 100 tahun ke atas telah direkodkan, menunjukkan peningkatan sebanyak 4,644 orang berbanding tahun sebelumnya. Daripada jumlah tersebut, 88 peratus merupakan wanita.

Individu tertua di Jepun pada ketika ini ialah Shigeko Kagawa, berusia 114 tahun, yang berasal dari wilayah Nara berhampiran Kyoto. Beliau pernah bertugas sebagai pakar sakit puan dan doktor am sehingga usianya mencecah 80-an.

Bilangan Warga Emas Berusia 100 Tahun di Jepun Hampir Mencapai 100,000 Orang

Kagawa masih mempunyai penglihatan baik dan mengisi masa dengan menonton televisyen, membaca akhbar serta membuat kaligrafi.

Manakala individu tertua dunia pada ketika ini ialah Ethel Caterham dari Britain, yang berusia 116 tahun selepas mengambil alih gelaran itu berikutan kematian seorang biarawati Brazil pada awal tahun ini.

Bilangan Warga Emas Berusia 100 Tahun di Jepun Hampir Mencapai 100,000 Orang

Fenomena peningkatan jangka hayat ini berlaku ketika Jepun sedang menghadapi krisis demografi, yang dicirikan oleh penyusutan populasi serta peningkatan kos dalam sektor perubatan dan kebajikan.

Data rasmi yang dikeluarkan bulan lalu menunjukkan populasi Jepun menyusut lebih 900,000 orang pada tahun 2024, iaitu penurunan tahunan terbesar pernah direkodkan setakat ini.

Artikel berkaitan: Karoshi: Kesan Buruk Budaya Kerja Terlebih Masa Di Jepun

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan.      

Sumber: Harian Metro 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *