Hanya 2 Jam Sehari, Bandar Di Jepun Ini Hadkan Penggunaan Telefon Pintar

Hanya 2 Jam Sehari, Bandar Di Jepun Ini Hadkan Penggunaan Telefon Pintar

Posted by

Bermula Oktober 2025, sebuah bandar di Jepun iaitu bandar Tayoake, Wilayah Aichi dijangka akan mula melaksanakan perintah mengehadkan penggunaan harian telefon pintar, konsol permainan dan skrin digital ke atas penduduk mereka.

Had penggunaan peranti pintar ini dijelaskan adalah selama 2 jam sehari sahaja iaitu penggunaan ketika di luar waktu persekolahan dan kerja.

Menurut laporan NHK, perkara ini akan direalisasikan susulan ordinan tersebut telah mencapai persetujuan ahli kabinet. Keputusan ini diambil bagi mengurangkan tahap pendedahan skrin digital yang ketika dilihat semakin berlebihan.

Perkara itu bukan sahaja menjejaskan waktu rehat penduduk, malah turut memberi kesan kepada hubungan sesama mereka yang semakin merosot.

Berdasarkan maklumat pelaksanaan, kategori murid sekolah dinasihatkan untuk tidak menggunakan peranti pintar selepas jam 9 malam, sementara kategori penduduk yang lebih berusia pula disarankan berhenti menggunakan peranti pintar selepas jam 10 malam.

Secara keseluruhan, ordinan ini akan dilaksanakan sebagai satu bentuk saranan untuk pengetahuan umum, dan bukannya melalui pendekatan bersifat hukuman.

Artikel berkaitan: 7 Cara Orang Jepun Menguruskan Syarikat

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan.      

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *