Doktor Malaysia Tersenarai Sebagai Pilihan Utama Di Singapura

Doktor Malaysia Tersenarai Sebagai Pilihan Utama Di Singapura

Posted by

Menurut Kementerian Kesihatan Singapura, doktor Malaysia tergolong dalam negara sumber utama yang menjadi fokus mereka untuk direkrut bagi sektor kesihatan, melebihi negara seperti UK dan India.

Menurut mereka, setakat ini, kebanyakan kakitangan yang berkhidmat dalam sektor kesihatan negara tersebut masih terdiri daripada warganegaranya sendiri.

Memetik laporan Berita Harian, Singapura kini mempunyai tiga sekolah perubatan berbanding dahulu, ketika Universiti Nasional Singapura (NUS) merupakan satu-satunya institusi yang melahirkan doktor, namun bilangannya tidak mencukupi.

Bagi menampung keperluan, sebuah sekolah perubatan lepasan ijazah ditubuhkan melalui kerjasama dengan Duke-NUS, manakala satu lagi diwujudkan di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) bersama Imperial College. Ketiga-tiga institusi ini kini menghasilkan sekitar 550 doktor setiap tahun.

Di samping itu, ramai warga Singapura yang tidak mendapat tempat di sekolah perubatan tempatan memilih untuk menyambung pengajian di luar negara, dan kerajaan mahu mereka kembali berkhidmat selepas tamat pengajian.

Walau bagaimanapun, negara itu tetap merekrut doktor dari luar negara apabila perlu, termasuk dari United Kingdom, India dan Malaysia. Namun, golongan profesional ini hanya mewakili sebahagian kecil daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja kesihatan.

Pengakuan Menteri Kesihatan Singapura, Ong Ye Kung, mengenai isu perebutan doktor dan jururawat Malaysia yang tular kebelakangan ini, disampaikan secara terbuka ketika beliau menjawab pertanyaan berkaitan laporan viral tersebut dalam sebuah sesi bual bicara santai bersama wartawan Malaysia anjuran MDDI baru-baru ini.

Artikel berkaitan: Singapura Aktif Merekrut Doktor Dari Malaysia

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan.   

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *