Gaji Minimum Ekspatriat di Malaysia Akan Digandakan Bermula 1 Jun Ini

Gaji Minimum Ekspatriat di Malaysia Akan Digandakan Bermula 1 Jun Ini

Posted by

Bermula 1 Jun 2026, gaji minimum bagi golongan ekspatriat pemegang Pas Penggajian (EP) di Malaysia akan dinaikkan sehingga dua kali ganda merentasi kebanyakan sektor ekonomi.

Menurut notis Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), pembaharuan ini selaras dengan permohonan baharu dan pembaharuan pas EP, serta mencerminkan usaha kerajaan menyusun semula dasar pengambilan tenaga kerja asing berkemahiran tinggi.

Syarikat digalakkan membuat persediaan awal, termasuk memperuntukkan bajet lebih tinggi dan merancang pelarasan tenaga kerja ekspatriat untuk mengelakkan gangguan atau kelewatan dalam proses pelantikan.

Perubahan ini tertakluk di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN), dengan pengkelasan ekspatriat mengikuti garis panduan Jabatan Imigresen. Struktur baharu EP menetapkan kategori ekspatriat mengikut gaji minimum dan tempoh maksimum penggajian. Berikut merupakan perincian kategori ekspatriat yang terlibat di bawah struktur baharu EP:

Kategori Ekspatriat di Malaysia (Berkuatkuasa 1 Jun 2026)

  • Kategori pertama: Gaji minimum dinaikkan daripada RM10,000 kepada RM20,000 sebulan dan ke atas, dengan tempoh maksimum penggajian selama 10 tahun
  • Kategori kedua: Julat gaji diselaraskan daripada RM5,000–RM9,999 kepada RM10,000–RM19,999, dengan tempoh maksimum penggajian selama 10 tahun
  • Kategori ketiga: Julat gaji diselaraskan daripada RM3,000–RM4,999 kepada RM5,000–RM9,999, dengan tempoh maksimum penggajian selama 5 tahun. Gaji minimum lebih tinggi iaitu RM7,000 terpakai bagi sektor pembuatan

Artikel berkaitan: Malaysia Duduki Tangga Ke-59 Gaji Minimum

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan.   

Sumber: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *