Anda biasanya menyemak notifikasi Facebook, Twitter dan Instagram semasa anda habis bekerja mahupun semasa waktu rehat untuk tidak melepaskan perkembangan daripada rakan-rakan, ahli-ahli sukan terkenal dan selebriti kegemaran. Pada masa yang sama, anda mungkin berangan menjadi influencer yang mengaut keuntungan yang tinggi dan hidup dalam serba kemewahan di samping mempunyai ramai pengikut di media sosial. Namun, anda tertanya-tanya kenapa mereka boleh mendapat gaji 5 digit dalam sebulan? Sebenarnya pekerjaan influencer tidak semudah ABC yang anda sangkakan selama ini. Jom kita ketahui tentang influencer dan impak-impak kepada masyarakat pada zaman sekarang.
Scroll feed everyday!
Apakah itu influencer?
Influencer merupakan individu yang berpengaruh di dunia digital tanpa mengira apa jua latar belakang, bakat dan skil seseorang itu. Influencer juga boleh berkongsi tentang kehidupan harian dengan cara yang unik dalam pelbagai bentuk kandungan untuk menarik perhatian pengikut dalam media sosial, serta memberi ulasan (review) tentang sesuatu isu, perniagaan atau produk di luar sana untuk memberi kesedaran kepada pembaca dan pengikut.
Untuk pengetahuan anda, jenama-jenama besar dan sederhana berminat dalam mempromosikan sesuatu produk atau kempen mereka dengan pengiklanan daripada influencer kerana pemasaran individu berpengaruh atau influencer marketing pada zaman ini memberikan hasil yang lebih menguntungkan berbanding pembayaran iklan di platform tradisional seperti akhbar harian dan televisyen, seiring dengan perubahan teknologi pengiklanan digital.
Cuba bayangkan rakan sekerja anda merupakan Instafamous terkenal. 😜
Betulkah mereka boleh menjana pendapatan lebih tinggi dari kita?
Kenyataan “Influencer dapat gaji yang lebih tinggi kalahkan gaji CEO di Malaysia.” semenangnya betul! Ini kerana mereka mengaut keuntungan melalui project-to-project basis dari jenama-jenama besar dan ulasan produk di laman media sosial. Misalnya, seseorang mempunyai pengikut mencecah 100,000 akan mengecaj sehingga RM5,000 untuk setiap posting dan angka pengikut akan meningkat setelah posting ditular mahupun dikongsi dalam media sosial. Dengan ada teknologi seperti telefon pintar dan internet serta selalu aktif online, sudah tentu mereka boleh menjana pendapatan yang lebih tinggi atau 5 digit pada setiap bulan dalam platform masing-masing!
Ini mood anda kalau dapat gaji tinggi!
Ada beberapa cara mereka untuk menarik perhatian pembaca dan pengikut dalam menjana pendapatan lumayan, antaranya ialah:
- Kolaborasi bersama jenama atau syarikat dengan menghasilkan posting ulasan tajaan (sponsored review)
- Menjadi duta bagi sesuatu jenama
- Menghadiri sesuatu acara dan posting tentang mereka
- Mengadakan peraduan atau giveaway dalam platform masing-masing
Adakah mereka memberi impak positif pada masyarakat?
Sebenarnya ada beberapa sudut positif yang kita boleh lihat. Pertamanya, influencer boleh dijadikan sebagai aspirasi kepada generasi-generasi baharu kerana sikap tidak lokek mereka dalam memberi ilmu berguna kepada orang lain dengan hasil-hasil isi kandungan yang berinformatif serta berinteraksi bersama mereka untuk bertukar pendapat. Sebagai contoh, seseorang yang berpengaruh berkongsi tentang tips menjadi usahawan berjaya dalam laman blog itu. Apa yang mereka dipraktikan, pasti akan dikongsi untuk masa depan mereka.
Selain itu, bakat-bakat influencers akan dikembangkan di pentas realiti terutamanya seni suara dan seni lukis. Hal ini tidak dinafikan bahawa mereka berbakat dalam nyanyian dan seni lukis dengan merakamkan video cover lagu penyanyi asal serta menghasilkan sebuah illustrasi awesome berbentuk digital mahupun hand made untuk dimuat naik ke laman sosial sebagai portfolio untuk mengembangkan kerjaya mereka dalam industri seni! Setelah mencatat beberapa juta tontonan video dan posting, sudah tentu beberapa pihak atau agensi akan mengambil mereka untuk merealisasikan impian. Siapa kata influencers tidak ada bakat tersendiri?
Impian boleh jadi kenyataan jika anda berkongsi bakat dalam platform media sosial!
Bagaimana pula dengan industri pemasaran?
Dalam industri pemasaran pula, pemasaran individu berpengaruh akan meningkat kerana kekuatan pengaruh yang ada dalam kalangan individu-individu popular di media sosial. Menurut pakar pemasaran digital Azleen Abdul Rahim dalam artikel beliau di Utusan Online, pemasaran sebegini lihat menjanjikan hasil yang boleh diramal berbanding dengan pembayaran iklan di platform media sosial. Penularan atau viral sesuatu post mampu melonjak tinggi dan meyakinkan kerana influencers mempunyai karisma yang kuat ke atas para pengikut mereka.
Tambahan pula, mereka menyumbang kepada faktor besar dalam kuasa pembelian oleh pengguna-pengguna. Melalui video ulasan produk dan posting promosi sesuatu produk di laman media sosial, pengguna akan berasa yakin dan membuat keputusan untuk membeli setelah menonton video tersebut. Itulah pentingnya kuasa pembelian di tangan anda melalui media sosial!
Namun, ada juga kesan-kesan yang negatif….
Anda mungkin menghadapi situasi sebegini jika anda sebagai Instafamous.
Sementara anda scroll feed media sosial, anda mungkin perhatikan beberapa influencers menunjukkan kebodohan mereka dalam video yang boleh mengundang kontroversi serta perkara-perkara yang negatif seperti merendah-rendahkan orang lain, menunjukkan kekayaan berlebihan dan merasa dirinya hebat dan betul sahaja. Nama pun attention seeker kan?
Di samping itu, anda juga kenal nama-nama seperti Dato’ Aliff Syukri, Nur Sajat dan Safiey Ilias dengan strategi pemasaran produk kecantikan mereka dengan cara tersendiri dalam platform media sosial, namun tidak semua netizen setuju dengan cara mereka mempromosikan produk lalu mengecam mereka kerana aksi-aksi keterlaluan yang dipaparkan dalam kandungan promosi produk!
Anda akan rasa terkejut apabila menonton video yang kurang menyenangkan daripada influencers.
Bukan itu sahaja, ada juga influencers terutamanya selebriti mengambil ‘peluang’ atau terdesak untuk membeli followers semata-mata untuk mendapatkan ramai pengikut dan mengejar popular. Ini kerana beberapa nama influencers anda kenal mungkin membawa pengaruh buruk dalam laman media sosial dan dunia digital!
Walaupun statement ini mengejutkan anda, perkara-perkara yang kami sebutkan masih lagi wujud dalam media sosial.
Sebut sahaja tentang pengaruh-pengaruh buruk di bawa ke dunia digital, influencers akan terkesan dengan kecaman-kecaman negatif yang dilemparkan oleh warga-warga netizen setiap hari disebabkan tingkah laku buruk mereka dipaparkan dalam kandungan pada laman media sosial dan tidak ada rasa rendah diri terhadap masyarakat-masyarakat lain. Dengan perkara-perkara disebutkan tadi, sudah tentu maruah mereka jatuh berkecai sekaligus bilangan pengikut akan menurun secara drastik. #Unfollow.
Begitu juga dengan usahawan-usahawan pelbagai bidang dalam mempromosikan produk mereka di platform media sosial. Posting seperti produk makanan dimakan secara gelojoh dan mempersenda fizikal tubuh badan seseorang dalam iklan produk kecantikan bukan sahaja menimbulkan kemarahan semua warga netizen, malah memberikan impak yang buruk dari segi pemasaran serta menjejaskan kredibiliti dan reputasi sebagai usahawan. Dengan adanya platform media sosial dan projek atau kempen yang dibentangkan, setiap strategi pemasaran sesuatu produk perlulah bertempat dan bijak untuk meraih keuntungan yang besar. Namun, jika strategi dilakukan secara berlebih-lebihan dengan aksi yang tidak senonoh dan menyentuh sensitiviti masyarakat, hasil pemasaran dan perniagaan akan menurun secara mendadak serta mencalarkan imej branding sesebuah jenama dan hilang kesetiaan jenama daripada pelanggan.
Secara kesimpulannya, ada beberapa perkara baik kita boleh ambil dalam menjadikan influencer sebagai kerjaya, seperti memberi pengaruh yang positif kepada masyarakat-masyarakat di luar sana dengan ilmu yang bermanfaat dan memberi inspirasi untuk mencetus kreativiti. Di samping itu, mereka juga membantu industri pemasaran dari segi pengiklanan digital untuk meningkatkan lagi mutu pasaran serta menguatkan imej branding jenama. Namun, perkara-perkara buruk dalam menghasilkan isi kandungan di laman media sosial perlu dijauhkan supaya pembaca dan pengikut tidak terikut-ikut dengan aksi-aksi atau tingkah laku yang menyebabkan keruntuhan nilai murni dan menjejaskan imej individu itu sendiri. Jadi, gunakanlah kreativiti anda dalam menyebarkan positive vibes di dunia media sosial dan manfaatkannya sebaik mungkin!
Adakah anda berminat untuk menjadi influencer pada suatu hari nanti atau mencuba sesuatu yang berbeza dalam platform media sosial? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah! Jangan lupa untuk layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaaan!
Sarah Sahadin or known as Sarah S., is a Digital Marketer-cum-Junior Graphic Designer and Malay-language content writer who writes career, lifestyle and current trending contents to engage Malay readers, informing about the latest trends happening around. Sarah also has a passion for motorsport (can be spotted at Sepang Circuit on some certain weekends) and enjoys manga illustration during her free time.
Reach me at sarah@jobstore.com.