Tip Jobstore Menjaga Kebajikan Pekerja Ketika Jerebu

Tip Jobstore Menjaga Kebajikan Pekerja Ketika Jerebu

Posted by

Fenomena jerebu yang melanda Malaysia kini semakin teruk. Ekoran bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tidak sihat sejak kebelakangan ini, terdapat beberapa buah sekolah serta organisasi di serata Malaysia telah tutup demi menjaga kebajikan pekerja ketika jerebu. Pelbagai inisiatif telah diambil oleh para majikan. Ikuti tip Jobstore menjaga kebajikan pekerja ketika jerebu. 

Di Jobstore, kami sangat menjaga kebajikan pekerja terutamanya ketika jerebu ini. Kami percaya bahawa majikan yang ambil kisah tentang kebajikan para pekerja akan menghasilkan suasana tempat kerja yang positif dan menyenangkan. Antara tip yang boleh digunakan oleh para majikan terdapat di blog ini.

Kurangkan aktiviti luar pejabat

Jika anda sering berada di luar pejabat untuk urusan kerja, adalah dinasihatkan untuk anda berhenti buat seketika sehingga fenomena jerebu ini beransur hilang. Ini kerana berjalan ke sana ke mari dapat meningkatkan kadar pernafasan lalu mengakibatkan penyakit seperti sesak nafas dan sebagainya.

Sediakan penutup hidung dan mulut (face mask)

Antara tip Jobstore menjaga kebajikan pekerja ketika jerebu adalah dengan menyediakan penutup hidung dan mulut (face mask). Kami menyediakan face mask dan menggalakkan pekerja kami untuk memakainya ketika berada di luar pejabat. Kami sarankan untuk membeli face mask jenis N95 atau 3 ply yang boleh didapati di farmasi berdekatan.

Pastikan udara di dalam bangunan bersih

Bagi mengelakkan udara di dalam bangunan atau pejabat dicemari dengan bau asap yang kuat, pastikan anda menutup rapat pintu dan tingkap-tingkap yang ada. Jobstore percaya bahawa majikan yang ambil kisah tentang kebajikan para pekerja akan menghasilkan suasana tempat kerja yang positif dan menyenangkan.

Gunakan alat penapis udara

Antara tip Jobstore menjaga kebajikan pekerja ketika jerebu adalah penggunaan penapis udara atau air filter untuk menapis asap serta udara yang kotor. Alat tersebut dapat menapis partikel-partikel halus yang tidak elok lantas bantu mencegah kita dari dijangkiti sebarang penyakit yang tidak diingini.

Buka penghawa dingin ketika memandu

Fenomena jerebu ini secara tidak langsung membuatkan cuaca di Malaysia semakin panas dan ditambah pula dengan bau asap yang tidak menyenangkan. Jadi ketika memandu ke pejabat atau ke mana sahaja, pastikan anda buka penghawa dingin dan pilih operasi (mode) kitaran udara dalaman.

Tambah stok air mineral

Adalah disarankan untuk para majikan menambah stok air mineral di pejabat dan tingkatkan penjagaan diri semasa jerebu ini dengan banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau lebih jika mahu. Tabiat ini dapat membantu menyingkirkan sisa toksin di dalam sistem badan kita.

Kerap cuci tangan dan muka

Fenomena jerebu menghasilkan udara yang kotor dan kulit kita merupakan satu organ yang dapat menyerap udara-udara kotor ini. Walaupun anda berada di dalam pejabat sahaja sepanjang hari, anda tetap perlu kerap mencuci tangan dan muka menggunakan sumber air yang bersih bagi mengelak daripada dijangkiti penyakit akibat jerebu.

Tip Jobstore Menjaga Kebajikan Pekerja Ketika Jerebu

Pesanan ikhlas daripada team Jobstore; sebagai majikan yang prihatin, mari kita bersama-sama berusaha untuk mengambil berat tentang kebajikan dan keselamatan para pekerja. Bukan sahaja ketika musim jerebu yang melanda ketika ini, tetapi jadikan amalan tersebut sebagai budaya organisasi atau syarikat yang baik.

Apakah inisiatif syarikat atau organisasi anda dalam menjaga kebajikan anda sebagai pekerja ketika jerebu ini? Kongsikan bersama kami di ruangan komen di bawah. Jangan lupa ikuti Jobstore.com untuk peluang pekerjaan baru, tips interview dan pelbagai lagi!


Nurin Eznieka is a digital content writer who writes about lifestyle, tips and tricks, including career-related contents both in Malay and English languages. Nurin is a foodie who enjoys food hunting and cafe hopping during her free time. 

Reach me at: nurin@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *