Dilaporkan bahawa Zetrix AI, sebuah syarikat pembangun perkhidmatan digital yang sebelum ini dikenali sebagai MyEG telah membangunkan satu perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) baharu yang dinamakan NurAI. Perkhidmatan ini memfokuskan kepada memberikan jawapan terhadap pelbagai kemusykilan berkaitan agama Islam. NurAI kini boleh diakses melalui pelayar web serta aplikasi di platform Android
