Singapura dan Zurich telah disenaraikan sebagai bandar termahal di dunia untuk tahun 2023, demikian menurut senarai terbitan The Economist hari ini. Menurut akhbar mingguan Britain tersebut, harga barangan dan perkhidmatan dianggarkan meningkat secara purata sebanyak 7.4% sejak setahun lalu di 173 bandar utama dunia, kurang sedikit berbanding rekod inflasi, 8.1%