Tindakan Kerajaan Malaysia Tangani Jerebu

Tindakan Kerajaan Malaysia Tangani Jerebu

Posted by

Seawal pagi 18 September semalam, kualiti udara Malaysia di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang telah mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) atau Air Pollutant Index (API)Ā yang sangat tidak sihat dengan bacaan tertinggi setakat ini iaitu 232, lantas meletakkan Malaysia di tangga keenam di dalam senarai 10 negara dengan IPU paling buruk di dunia.

Fenomena jerebu di Malaysia ialah suatu masalah yang sering terjadi saban tahun, malah penduduk negara ini seolah sudah terbiasa dengan asap jerebu. Malaysia juga tergolong antara negara paling terkesan dengan kehadiran asap jerebu yang tebal, puncanya daripada amalan pembakaran hutan yang diamalkan oleh negara jiran Indonesia, lalu menjadikan beberapa lokasi di Malaysia teruk terjejas dengan IPU melebihi 200.

Untuk pengetahuan, negara kita pernah diisytiharkan darurat jerebu sekitar tahun 2005 dengan bacaan IPU melebihi 500. Pencemaran jerebu pada tahun tersebut dilaporkan terjadi selama seminggu, dan telah mendorong Malaysia membuat perbincangan bersama pihak berkuasa di Indonesia.

Hasilnya, Malaysia bersama beberapa negara ASEAN yang lain telah menandatangani ā€˜Perjanjian ASEAN Pencemaran Jerebu Rentas Sempadanā€™ pada tahun 2002 dan Indonesia merupakan yang terakhir dalam mempersetujui dan menandatangani perjanjian tersebutĀ pada tahun 2014.

Buat masa kini, pelbagai usaha keras telah dilakukan oleh pihak Jabatan Meteorologi serta jabatan-jabatan lain bagi menangani pencemaran jerebu yang melanda kini. Setelah menerima laporan bacaan IPU melebihi 200 di beberapa lokasi serata Malaysia, pihak kerajaan telah mengeluarkan langkah penjagaan untuk semua.

Ketika ini, sekolah-sekolah di seluruh Malaysia telah diarahkan tutup ekoran IPU yang tinggi untuk keselamatan para pelajar serta para cikgu. Akan tetapi, terdapat juga beberapa aduan oleh para pelajar universiti serta para pekerja yang masih gigih berulang-alik ke tempat kerja. Mereka mengatakan bahawa seolah-olah mereka ini imun dengan asap jerebu dan tidak akan jatuh sakit. Isu berkenaan juga telah menjadi perbualan hangat di lamanĀ media sosial.

Apakah Tindakan Yang Diambil?

Beberapa jam yang lepas telah tular di laman media sosial tentang perbincangan kabinet di Malaysia mengenai usulan untuk mewartakan undang-undang baru buat organisasi terlibat yang menjadi dalang kepada fenomena jerebu ini dan perkara tersebut dipersetujui ramai pihak.

Tambahan pula, turut ada yang mencadangkan kerajaan Malaysia untuk menyaman organisasi yang terlibat. Akan tetapi, tindakan tersebut mendapat kritikan daripada segelintir pengguna media sosial kerana perihal akta undang-undang antarabangsa yang harus dipatuhi dan tidak boleh diperlakukan sewenangnya.

Cadangan Tindakan Yang Malaysia Boleh Lakukan

Antara cadangan tindakan yang Malaysia boleh lakukan ialah dengan mencontohi Singapura dengan mewartakan ā€˜Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadanā€™ di mana akta tersebut mengkritik tindakan yang menyebabkan atau menyumbangkan pencemaran jerebu di negara itu, dan juga menyediakan perkara-perkara berkaitan seperti langkah pencegahan.

Cadangan lain termasuk menggesa pihak kerajaan Malaysia untuk menggubal beberapa akta yang berkaitan untuk mengatasi fenomena jerebu yang melanda kini dan akhir sekali, kita juga harus berusaha menggesa pihak kerajaan untuk mengenal pasti dalang sebenar dan bawa mereka ke pentas pengadilan.

Apakah cadangan yang anda ingin Malaysia lakukan bagi menangani pencemaran jerebu ketika ini? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah. Jangan lupa ikuti Jobstore.com untuk peluang pekerjaan baru, tip temuduga dan pelbagai lagi!


Nurin Eznieka is a digital content writer who writes about lifestyle, tips and tricks, including career-related contents both in Malay and English languages. Nurin is a foodie who enjoys food hunting and cafe hopping during her free time.

Reach me at: nurin@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *