Perancangan Kewangan Untuk Golongan Berkahwin

Posted by

 

Biasanya kita lihat ramai pasangan akan memilih hari Sabtu dan Ahad, serta musim cuti sekolah untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Persoalannya, adakah anda mempunyai persediaan kewangan yang cukup untuk menampung kehidupan bersama pasangan anda sambil memberi fokus sepenuhnya kepada kerjaya anda? 

 

 

Hal kewangan adalah penting bagi semua golongan, terutamanya pekerja yang telah berkahwin dan baru mendirikan rumah tangga, oleh itu kami akan kongsikan beberapa panduan untuk menguruskan kewangan secara betul.

 

 

Beli rumah bersaiz kecil dahulu

Sekiranya anda baru sahaja mendirikan rumah tangga, anda perlu membeli rumah yang selari dengan perkembangan keluarga anda. Pastikan anda mempunyai gaji yang tetap dan memohon pakej pinjaman yang disediakan oleh bank. Walaupun rumah anda beli itu kecil, namun anda mempunyai tempat untuk mendirikan rumah tangga bersama pasangan anda.


Artikel berkaitan: Tips Membeli Rumah Pertama Untuk Golongan Berkerjaya


 

Merangkakan dan merekodkan perbelanjaan bulanan

Sudah tentu anda dan pasangan anda mempunyai bajet setelah mendapat gaji pada hujung bulan. Oleh itu, pentingnya anda dan pasangan anda merekodkan segala perbelanjaan mahupun catatan yang telah dibuat untuk memastikan anda berbelanja secara hemah.

 

Sediakan tabung mengikut pecahan keperluan

Anda juga perlu berbincang bersama pasangan anda untuk merancang semua kos keperluan hidup mengikut kategori seperti barang dapur, bil air dan eletrik dan ansuran rumah. Dengan menyediakan tabung atau balang mengikut warna duit kertas, anda dapat menjimatkan perbelanjaan bulanan serta menghasilkan duit simpanan untuk tabungan-tabungan lain untuk kegunaan masa depan bersama keluarga.

 

Simpan sebahagian pendapatan untuk pelaburan

Selain itu, anda juga digalakkan untuk menyimpan sebahagian dari pendapatan untuk pelaburan masa depan anda dan keluarga. Pelaburan perlu dijadikan sebagai gaya hidup untuk merancang kewangan supaya menjamin kestabilan kewangan anda dan keluarga.

 

 

Insurans dan takaful

Ramai pasangan yang berumah tangga dan baru melangkah ke alam kehidupan rumah tangga tidak mengambil perhatian tentang perkara ini. Peranan insurans adalah mengurangkan kos rawatan kesihatan, memberi perlindungan ketika kemalangan atau risiko penyakit, melindungi harta/aset dan pelaburan. Manakala fungsi takaful adalah untuk menghadapi malapetaka dan musibah kewangan yang berkaitan dengan kehidupan seperti kematian, lumpuh dan sakit kritikal. Oleh itu, pentingnya mengambil skim insurans dan takaful untuk perlindungan anda dan keluarga serta menjamin kestabilan kewangan.

 

Sumber dari pendapatan sampingan

Sekiranya anda menambah lagi kewangan keluarga, carilah pendapatan sampingan seperti ejen takaful, menjual barangan online dan pemandu GrabCar asalkan kerja part-time anda halal dan tidak salah di sisi undang-undang.

 

Belanja mengikut kemampuan

Bagi pasangan yang menjejak ke alam rumah tangga, anda perlulah menangguh sebarang kehendak dan utamakan pada keperluan untuk perkembangan keluarga anda terlebih dahulu.

 

Elakkan dari jeratan hutang

Bayar hutang pada setiap bulan semestinya menjadi tanggungjawab bagi semua. Jadi, anda perlu merancang kewangan dan perbelanjaan supaya anda dan pasangan anda tidak terjerat dengan masalah hutang. Kami nasihatkan anda hanya mempunyai satu kad kredit untuk mengawal segala perbelanjaan dan menjaga kewangan.

 

Bagaimanakah anda merancang kewangan anda setelah berkahwin? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah. Jangan lupa untuk ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Sarah Sahadin or known as Sarah S., is a Digital Marketer-cum-Junior Graphic Designer and Malay-language content writer who writes career, lifestyle and current trending contents to engage Malay readers, informing about the latest trends happening around. Sarah also has a passion for motorsport (can be spotted at Sepang Circuit on some certain weekends) and enjoys manga illustration during her free time.

Reach me at sarah@jobstore.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *