Iklan Kreatif Kempen Kesedaran Kanser Payudara

Iklan Kreatif Kempen Kesedaran Kanser Payudara

Posted by

Bulan Oktober merupakan Bulan Kesedaran Kanser Payudara yang disambut meriah di setiap negara seluruh dunia, jadi kami kumpulkan beberapa iklan kreatif kempen kesedaran kanser payudara yang berjaya menarik perhatian orang ramai.

Kanser payudara adalah salah satu penyakit yang menjadi punca utama kes kematian memuncak di kalangan wanita, tetapi kaum lelaki juga tidak terkecuali dari menghidap kanser tersebut. Realitinya, masih ramai yang tidak peka tentang teknik asas pemeriksaan diri yang dapat membantu individu mengesan sebarang tanda kanser payudara pada peringkat awal.

Justeru itu, beberapa organisasi pengiklanan dari luar serta dalam negara telah menghasilkan inisiatif mereka tersendiri untuk memberi kesedaran tentang kanser payudara melalui pengiklanan yang kreatif seperti berikut:

1. Deadpool

Siapa yang tidak kenal akan karakter Deadpool dari komik Marvel bukan? Dilakonkan oleh Ryan Reynolds, beliau telah bekerjasama dengan sebuah organisasi untuk memberi kesedaran tentang kanser payudara menerusi Public Service Announcement (PSA) yang menghiburkan.

2. The Ellen Show

Ellen Degeneres dikenali sebagai seorang pengacara dan artis di Amerika Syarikat. Menerusi rancangan televisyen beliau iaitu The Ellen Show, tonton beberapa memori berharga Ellen bersama artis-artis popular serta para pejuang kanser payudara dalam mengumpul wang derma sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara pada setiap Oktober.

3. Breast Cancer Foundation New Zealand

Gambaran yang bijak tentang kanser payudara menggunakan bahan-bahan di sekeliling kita boleh dilihat menerusi video The Naked Truth yang diterbitkan oleh Breast Cancer Foundation di New Zealand ini.

4. The Pink Ribbon Highway

Agensi kreatif di Iceland bernama Brandenburg telah bekerjasama dengan Icelandic Cancer Society dalam menukarkan sebahagian lebuhraya di kota mereka Reykjavik sebagai pita merah jambu atau pink ribbon sempena Kempen Kesedaran Kanser Payudara pada tahun 2013 yang lepas.

5. Publicis, Malaysia

Merupakan salah sebuah syarikat pemasaran terkenal di Malaysia, Publicis turut mengongsikan inisiatif mereka untuk kempen kanser payudara dengan menggambarkan kesan kanser tersebut menerusi gambaran cakera padat.

6. Breast Cancer Foundation Singapore

Organisasi Breast Cancer Foundation di Singapura telah menerbitkan beberapa iklan kreatif tentang kesedaran kanser payudara dengan mengaitkan penyakit itu dengan laman-laman media sosial yang sering digunakan. Menariknya!

7. Worldwide Breast Cancer

Worldwide Breast Cancer adalah sebuah organisasi yang mempunyai misi untuk membantu para wanita dan para lelaki dalam mengenal pasti petanda-petanda kanser payudara seawal yang mungkin. Mereka menggunakan buah lemon sebagai gambaran kepada kanser tersebut.

Kempen kesedaran kanser payudara yang manakah paling menarik perhatian anda? Atau terdapat contoh yang lain anda ingin kongsikan bersama kami? Kongsikan komen anda di ruangan yang tersedia di bawah. Ikuti Jobstore untuk informasi kerjaya, peluang pekerjaan baru dan banyak lagi!


Nurin Eznieka is a digital content writer who writes about lifestyle, tips and tricks, including career-related contents both in Malay and English languages. Nurin is a foodie who enjoys food hunting and cafe hopping during her free time.

Reach me at: nurin@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *