Kepentingan Visa ke Luar Negara

Posted by

 

Setiap kali anda melawat ke luar negara untuk melancong, urusan kerja mahupun perniagaan, salah satu perkara paling mustahak semasa merancang perjalanan adalah dengan memastikan negara yang anda akan kunjungi memerlukan visa. (Bukan visa yang anda selalu guna untuk keluar duit ye!)

 

 

Berbeza dengan pasport, visa merupakan sebuah dokumen yang penting dikeluarkan oleh sesebuah negara bagi memberi keizinan kepada seseorang (pelawat luar) untuk masuk ke negara tersebut dalam tempoh waktu dan tujuan tertentu. Ada juga beberapa negara tidak mengenakan visa dan ianya sudah cukup dengan pasport sahaja untuk memasuki negara tersebut.

Terdapat pelbagai syarat yang tertentu pada visa, termasuk kawasan / wilayah yang diliputi visa, tarikh kesahihan dan tempoh penginapan. Anda perlu ingat visa mungkin dibatalkan atau ditolak oleh pihak berkuasa sekiranya anda mempunyai rekod jenayah yang dianggap serius di Malaysia. Oleh kerana itu, anda diharamkan masuk ke negara-negara bebas visa buat seumur hidup.


Artikel berkaitan: Isu Begpackers Semakin Serius Di Malaysia


 

 

Visa juga memberikan kuasa kepada pelawat dari negara lain untuk memasuki negara dan menetap di Malaysia dalam kekangan tertentu, termasuk tempoh masa menetap di Malaysia. Walau bagaimanapun, keperluan visa dari negara lain yang dikenakan ke atas Malaysia bergantung kepada perjanjian dua hala negara. Oleh itu, anda perlu melawat laman web kedutaan atau terus pergi ke kedutaan untuk memohon visa ke luar negara tiga bulan sebelum berlepas. Permohonan visa mengambil masa dalam sehari hingga empat minggu bergantung pada negara yang anda ingin lawati. Jangan last minute buat tau!

Ada tiga jenis visa yang anda perlu tahu, bergantung kepada tujuan anda ke sesebuah negara:

Visa sekali masuk – Anda hanya boleh masuk ke sesebuah negara sekali sahaja bagi tujuan melancong atau hal perniagaan, walaupun tempoh sah visa itu melebihi tempoh masa anda di negara itu.

Visa beberapa kali masuk – Berbeza dengan visa sekali masuk, visa ini membolehkan anda memasuki negara itu sebanyak mana yang anda mahu sempanjang tempoh sah visa. Namun, anda pastikan anda mempunyai tujuan yang sah untuk melawat ke negara itu berulang kali. Kebanyakan visa ini dikeluarkan bagi tujuan perniagaan atau urusan-urusan kerajaan.

Visa transit – Visa ini dikeluarkan bagi pelawat yang memerlukan untuk singgah sementara di negara itu sementara transit atau keluar dari kawasan lapangan terbang sebelum meneruskan penerbangan ke negara lain.

 

Chup! Anda perlu ingat ada beberapa negara yang perlukan visa untuk membolehkan anda memasuki negara itu!

 

Visa merupakan dokumen yang penting bagi anda yang berminat untuk mengembara ke luar negara mahupun terlibat dalam urusan-urusan tertentu. Namun, seperti yang disebut ada beberapa negara mengenakan visa ke atas pelawat Malaysia. Semasa anda tiba di negara yang dilawati, anda akan mengalami beberapa perhatian pasport oleh pegawai imigresen dan bertanyakan tentang tujuan lawatan anda. Sekiranya anda gagal memberikan tujuan lawatan di kaunter imigresen, sudah tentu permohonan visa anda gagal dan perlu memohon semula, malah “dihalau” balik ke negara asal. Jadi, anda perlu memohon visa dan membuat segala persediaan awal sebelum anda berlepas ke negara yang ingin dilawati.

 

Adakah anda telah membuat permohonan visa sebelum bercuti ke luar negara? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah! Jangan lupa untuk ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Sarah Sahadin or known as Sarah S., is a Digital Marketer-cum-Junior Graphic Designer and Malay-language content writer who writes career, lifestyle and current trending contents to engage Malay readers, informing about the latest trends happening around. Sarah also has a passion for motorsport (can be spotted at Sepang Circuit on some certain weekends) and enjoys manga illustration during her free time.

Reach me at sarah@jobstore.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *