Mencari Kerja

Tips Penggunaan Media Sosial Semasa Mencari Kerja

Posted by

Selain menggunakan laman cari kerja, laman-laman media sosial popular seperti Facebook, Twitter, dan Instagram juga boleh membantu anda mencari kerja idaman serta membina rangkaian bersama individu yang boleh membantu mengembangkan lagi perjalanan karier anda.

Akan tetapi, media sosial jika tersalah guna akan memakan diri kita sendiri. Anda semestinya tidak mahu nama anda viral di media sosial semasa sedang aktif mencari kerja bukan? Jika tidak, bersiap sedia lah untuk ucapkan selamat tinggal dengan tawaran kerja!

Oleh itu, berhati-hati dengan apa yang anda hendak post di media sosial kerana terdapat banyak mata-mata (terutamanya recruiter!) yang memerhati perlakuan anda. Sekiranya anda hendak menggunakan laman media sosial sebagai alternatif untuk mencari kerja, berikut adalah tips penggunaan media sosial semasa mencari kerja. Semoga berjaya!

 

Tips #1

Online Presence Itu Penting!

Apabila anda sedang giat mencari kerja atau hendak mengembangkan perjalanan karier anda menggunakan media sosial, ianya penting untuk mempunyai online presence bagi menonjolkan bakat atau pengalaman profesional anda. Mana tahu dalam sejumlah followers anda itu, ada individu yang boleh membantu dalam misi pencarian kerja anda.

 

Tips #2

Kemas Kini Profil

Penting untuk anda mengemas kini profil media sosial seperti Facebook atau LinkedIn sejajar dengan maklumat pekerjaan di dalam resume anda. Sekiranya anda seorang yang sering bertukar kerja, pastikan kesemua pengalaman tersebut diisi mengikut aturan pekerjaan lama sehingga pekerjaan terkini.

 

Tips #3

Kawal Apa Yang Anda Post

Jangan anda ingat bahawa majikan atau recruiter tidak mengambil tahu tentang apa yang anda post di laman media sosial, walaupun anda private kan laman tersebut. Sekiranya anda suka berkongsi tentang hal syarikat (baik atau buruk), saya sarankan anda untuk berhenti melakukan sedemikian. Perlakuan tersebut sudah semestinya akan memberi kesan buruk terhadap misi pencarian kerja anda.

 

Tips #4

Google Nama Anda

Pernah terfikir untuk google nama anda? Apa kata anda cuba lakukannya sekarang? Perkara apakah yang muncul dulu apabila anda google nama anda? Kemungkinan besar ianya termasuk tweet atau gambar-gambar Instagram. Tetapi, sekiranya anda mendapati mana-mana post anda boleh membawa kesan buruk dengan pencarian kerja anda, sila padam atau tukar sekarang sebelum menyesal di kemudian hari.

 

Tips #5

Tetapan Privasi Facebook

Seseorang mungkin tampil profesional semasa bekerja, tetapi luar pejabat siapa yang tahu? Oleh itu, sila tetapkan kembali tetapan privasi Facebook atau apa sahaja laman media sosial yang anda ada sebelum bakal majikan dapat tahu akan aktiviti peribadi anda. Ia sememangnya hak anda untuk post sedemikian, tetapi ianya turut boleh memberi kesan buruk terhadap misi pencarian kerja anda.

 

Tips #6

Bina Rangkaian Seawal Mungkin

Rangkaian atau network merupakan elemen penting untuk perjalanan kerjaya profesional anda, dan media sosial adalah laman terbaik untuk berbuat sedemikian. Follow individu-individu profesional yang berkaitan. Libatkan diri dan menjadi proaktif dalam setiap komunikasi yang anda lakukan. Dengan membina rangkaian seawal mungkin, anda mempunyai tiket untuk mengembangkan karier anda dengan lebih luas dan cepat.

 

Tips #7

Jangan Follow Orang Sembarangan

Kualiti itu lebih penting dari kuantiti. Jangan hanya follow individu membuta-tuli semata-mata untuk tingkatkan jumlah pengikut anda. Biar sedikit tetapi berkualiti. Soalan-soalan seperti bolehkah individu ini membantu dalam perjalanan karier anda? Atau bolehkah anda membantu mereka sepertimana mereka membantu anda kelak adalah perlu sebelum meneruskan niat untuk connect dengan seseorang.

 

Tips #8

Online Semasa Sedang Bekerja

Dengan kehadiran wifi yang laju di tempat kerja, godaan untuk melayari laman media sosial atau laman cari kerja itu sangatlah kuat. Tahan nafsu anda! Ianya bukanlah idea yang bernas untuk mencari kerja baru di tempat kerja anda yang sekarang. Lagi pula menggunakan kemudahan yang bos anda sediakan. Terasa seperti mengambil kesempatan pula bukan? Elak daripada menggunakan laptop pemberian syarikat atau e-mel syarikat untuk mencari kerja baru. Buat sahaja di rumah ya?

 

 

Semoga berjaya dengan misi pencarian kerja anda! Kongsikan pengalaman anda mencari kerja di ruangan komen di bawah. Jangan lupa juga untuk ikuti Jobstore.com untuk informasi kerjaya, peluang pekerjaan baru dan banyak lagi.


Nurin Eznieka is a digital content writer who writes about lifestyle, tips and tricks, including career-related contents both in Malay and English languages. Nurin is a foodie who enjoys food hunting and cafe hopping during her free time.

Reach me at: nurin@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *