Strategi Pengambilan Pekerja Semasa Covid-19

Strategi Pengambilan Pekerja Semasa Covid-19

Posted by

Isu penularan wabak Covid-19 di negara ini menyebabkan ada segelintir majikan memilih untuk menangguhkan proses pengambilan pekerja baharu di organisasi mereka.

Penangguhan itu bagi mendahulukan perkara lain yang lebih penting dalam pentadbiran syarikat antaranya soal pekerja yang bercuti tanpa gaji di samping yang bekerja dari rumah sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan hingga 31 Mac.

Berikut kami kongsikan beberapa strategi yang mungkin boleh dijadikan panduan  buat majikan terutama dalam melancarkan proses pengambilan pekerja semasa ancaman Covid-19 ini.

 

1. Teruskan urusan pengambilan/ tawaran pekerjaan

Jika temuduga telah dilakukan lebih awal, maka teruskan kesinambungan proses itu dengan menawarkan pekerjaan kepada yang layak. Jangan sia-siakan calon berkualiti yang datang ke temuduga kerana salah seorang daripadanya mungkin berpotensi untuk menjadi pekerja cemerlang di syarikat anda.

2. Atur temuduga secara video

Akhir bulan lalu, gergasi e-dagang Amazon.com memutuskan pelaksanaan temuduga kerja maya berikutan penularan wabak Covid-19, malah langkah sama turut diambil pihak Google dan LinkedIn. Inisiatif ini boleh dicontohi majikan di Malaysia jika keadaan wabak masih belum pulih. Antara platform yang dapat dimanfaatkan bagi tujuan ini ialah Skype atau Zoom.

Bagi majikan yang belum pernah mengendalikan temuduga secara video, ikuti tips  seperti di bawah :

  • Bersiap siaga 

Ambil serius proses temuduga maya sama seperti temuduga secara berhadapan. Fahami latar belakang kerjaya calon, resume dan soalan yang akan diajukan. Pilih ruang sunyi dengan pencahayaan yang bagus di pejabat untuk sesi tersebut. Pastikan kedua-dua pihak maklum tentang tarikh dan masa temuduga secara video itu.

  • Perkongsian akses saluran

Kongsikan dengan calon akses ke saluran video yang akan digunakan serta aplikasi yang perlu dimuat turun mereka.

  • Periksa gajet

Pastikan gajet yang digunakan berfungsi dengan baik dan minta calon anda melakukan perkara sama. Sebelum temuduga, periksa dahulu kamera dan mikrofon.

 

3. Utamakan isi kekosongan jawatan penting

Ancaman Covid-19 menyebabkan pendapatan rata-rata syarikat terjejas, oleh itu majikan disarankan untuk memberi tumpuan kepada usaha mengisi kekosongan bagi perjawatan penting misalnya yang ditinggalkan oleh pekerja yang bersara. 

Sebaliknya tangguh proses pencarian pekerja baharu jika kekosongan itu tidak terlalu mendesak dan diperlukan ketika ini. Pendekatan ini secara tidak langsung dapat memberi penjimatan kepada syarikat dalam menanggung kos pengambilan pekerja dalam mendepani situasi wabak.

 

Sebarang pendapat boleh dikongsikan di ruangan komen di bawah. Ikuti Jobstore.com untuk pelbagai informasi terkini dan panduan pekerjaan di Malaysia. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *