5 Pencuci Mulut Viral Semasa PKP

5 Pencuci Mulut Viral Semasa PKP

Posted by

Tempoh ‘berkurung’ di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadi medan terbaik buat rakyat Malaysia untuk menjadi chef di kediaman masing-masing dan mencuba pelbagai resipi yang terdapat dalam talian.

Walaupun ada segelintir yang mungkin tidak pernah memasak sebelum ini tetapi keenakan menu-menu viral yang dikongsikan di media sosial mendorong mereka untuk mencuba setiap hidangan tersebut.

Berikut adalah antara menu pencuci mulut viral yang menjadi pilihan ramai sepanjang tempoh PKP ini.

 

Aiskrim 

Bahan-bahan: 1 tin susu cair, 4 sudu besar susu pekat, 2 sudu besar ovelet dan 1 sudu teh esen vanila.

Cara-cara: Campurkan kesemua bahan dan kisar sehingga gebu, kemudian simpan di dalam peti sejuk semalaman.

 

Roti puri

Bahan-bahan: 2 cawan tepung gandum, 2 sudu besar marjerin, 1/2 cawan air sejuk dan 1/2 sudu kecil garam.

Cara-cara: Gaulkan tepung gandum dan marjerin hingga menjadi seperti serbuk roti. Uli dengan air sejuk yang dicampur garam sehingga tidak melekat di tangan. Kemudian tutup dan rehatkan doh selama 15 minit. Selepas itu, bentukkan bulat mengikut saiz yang dikehendaki dan canaikan. Kemudian bolehlah digoreng dalam minyak panas dengan api sederhana besar.

 

Sagu gula Melaka 

Bahan-bahan: Sagu, pewarna, 1 tin susu cair, 2 sudu gula merah, 1 ketul gula Melaka, 1 helai daun pandan, secubit garam dan ½ cawan air.

Cara-cara: Masak sagu sehingga kembang. Letak pewarna dan biarkan selama 20 minit, kemudian basuh sagu. Untuk kuah, masak susu cair, air, gula merah, gula Melaka, daun pandan dan garam. Akhir sekali campurkan kuah susu dan sagu.

 

Kek Milo kukus

Bahan-bahan: 2 cawan Milo, 2 sudu besar susu pekat, 4 biji telur, 1 sudu kecil esen vanilla.

Cara-cara: Masukkan semua bahan dan kisar sehingga sebati. Tuangkan adunan dalam loyang dan kukus selama 30 minit.

 

Dalgona Coffee

‍‍‍‍‍Bahan-bahan: 2 sudu nescafe, 2 sudu gula, air panas, susu segar dan ais.

Cara-cara : Pukul nescafe, gula dan air panas sampai kembang‍‍‍‍‍. Kemudian masukkan ais dan susu segar.

 

Memasak bukan sekadar untuk mengisi masa lapang di rumah semasa PKP tetapi  dapat menjadi antara aktiviti menarik untuk dilakukan bersama keluarga. Layari Jobstore.com untuk pelbagai topik trending dan informasi pekerjaan di Malaysia.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *